Sunday, December 18, 2011

Nurul Izzah Cabar DS Najib Bertanding Di Lembah Pantai…Oohh Lawaknya!!

December 14, 2011

nurulizzah400px_3

NASIB baik ketika terselak laman 4 akhbar Sinar Harian hari ini, penulis belum sempat nak menelan sepotong apam balik yang tunggu masa untuk ditelan dan dikunyah perlahan-lahan masuk ke perut. Kalau tidak sia-sia sahaja makanan itu kerana akan dikeluarkan semula.


Mana tidaknya, pada waktu itulah juga penulis terbaca diruang yang disebutkan di atas bahawa anak puaka Anwar Ibrahim, si Nurul Izzah mahu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding di kawasan parlimen Lembah Pantai dimana dia baru sepenggal menjadi ahli Parlimennya.


Gelak pun ada mengenangkan kebodohan budak perempuan yang asal mula dulu cantik manis tapi terpalit dengan skandal depan belakang papa anugerah tuhannya itu.


Kali ini tanpa papanya itupun Nurul Izzah sudah layak memalukan diri sendiri dikalangan rakyat yang membaca ‘impian ngerinya’ itu.


Rasanya penulis tak payah nak cerita panjang soal nak mencalonkan seseorang menjadi ahli Parlimen, proses dan apa-apa lagi yang berkaitan. Atas sebab-sebab yang ’istimewa’ sahaja, seorang anak kepada bekas banduan atau seorang cina yang tidak boleh berbahasa Malaysia boleh dipilih menjadi ahli Parlimen di Malaysia ini.


Selain dari itu, rakyat melihat jasa dan kerja keras individu tersebut sebelum memilihnya ke jawatan tersebut.


Dalam kes Nurul Izzah, dia masuk kategori ‘istimewa’ yang penulis sebutkan di atas sebab pencalonannya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai pada 2008 datang ketika UMNO, BN dan kerajaan negara ini dipimpin orang yang lemah atau tidak keterlaluan penulis katakan paling lemah dalam sejarah negara ini.


Oleh yang demikian, penulis langsung tidak nampak bagaimana dia boleh mencabar Perdana Menteri bertanding di Lembah Pantai sedangkan Perdana Menteri sudah lama mencurah khidmat di Parlimen Pekan. Keadaannya sama macam meminta papa anugerah tuhannya bertanding di Sungai Siput daripada Permatang Pauh.


Gamaknya beranikah dia berbuat demikian? Apatah lagi dikalangan orang cina dan India, papanya terkenal dengan ungkapan berikut, “Anak India anak saya, Anak Cina anak saya, Anak Melayu anak saya. Anak Azmin pun anak saya (yang ini penulis tambah sendiri).


Tapi yang penting, dengan berkata demikian Anwar secara tidak langsung sedang menyaingi kalau tidak menerapkan konsep 1Malaysia yang diperkenal dan promosikan oleh Perdana Menteri. Justeru tidak nampak masalah untuknya bertanding di kawasan yang terdiri daripada pengundi berbilang bangsa – sama seperti cabaran yang dilontarnya kepada Perdana Menteri.


Lagipun budak mentah macam dia ni apalah layak nak bercakap soal mencabar Perdana Menteri? Dia sendiri naik pun kebetulan, bukan sebab layak tapi kerana bapaknya Anwar Ibrahim. Kalau bapaknya Haji Deraman, atau Pak Budin Kg Tualang, siapa pun tak ingin nak mencalonkannya sebagai ahli Parlimen apatah lagi memilihnya ke jawatan itu.


Penulis puas mencari jasa Nurul Izzah sepanjang 4 tahun jadi ahli Parlimen Lembah Pantai, tapi sayang tidak jumpa. Yang penulis lihat dan baca, sejak jadi Ahli Parlimen, Nurul Izzah lebih kerap pergi ke London, Jakarta, Oslo dan Amerika Syarikat untuk menyampaikan syarahan mengagung-agungkan papanya dan mengutuk kapal selam milik negara yang katanya tidak boleh menyelam (dijemput naik dia enggan pulak), daripada berkhidmat kepada penduduk Lembah Pantai.


Di Parlimen pun Nurul Izzah jarangnya yang hadir, lagi mau gebang besar nak cabar Perdana Menteri.


Perdana Menteri pulak, tak cukup kajang jasanya yang boleh penulis coretkan sejak 3 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri. Kalau tanya orang Pekan dimana beliau adalah ahli Parlimennya sejak 35 tahun dulu, mungkin tak cukup padang, kalau tak laut dihampar ke daratan.


Begitulah.


Ada rakan penulis mengatakan melihat muka Najib saja, macam-macam yang terbayang di kepala, dari transformasi, ekonomi dan macam-macam. Tapi bila tengok muka Anwar, yang terbayang hanya jantan dan pelacur china RM 2000 semalam. Betul punya suwey dan tidak membawa berkat, katanya lagi.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment