Sunday, July 26, 2015

Dalam Pakatan Pembangkang Yang Utama Bukan Kejujuran Tapi Siapa Bijak Main Wayang

27 Julai 2015, Kuala Lumpur : PKR disifatkan cuba bermain dua kolam demi untuk mengekalkan surival parti dan kedudukan Menteri Besar, Azmin Ali di Selangor memandangkan Pas telah memberi sokongan penuh terhadap perlantikan Azmin ketika kemelut perlantikan MB di negeri tersebut sebelum ini.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata sebab itulah PKR tidak membuat kenyataan secara rasmi berhubung kemelut Pas dan Dap demi untuk teraju kuasa mereka di Selangor.
hudud-pas-pakatan-pembangkang-hadi-anwar-kit-siang
Soal beliau apakah pendirian sebenar PKR terhadap pertembungan yang berlaku antara Dap dengan Pas apatah lagi setelah pakatan pembangkang diisytiharkan terbubar sebelum ini oleh sekutu mereka sendiri.

“Saya kira sehingga kini PKR tidak memilih dan dilihat tidak memihak kepada mana-mana parti antara Pas dan juga Dap. Dalam hal ini jelas PKR cuba main wayang atau main dua kolam.

“Kekuatan PKR sebenarnya bergantung kepada Dap dan Pas malah dalam situasai politik di Selangor itu sendiri Menteri Besar, Azmin Ali terhutang budi kerana sokoangan atau sumbangan besar Pas terhadap perlantikan Azmin sebelum,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Isu berkenaan Dap dan Pas sehingga kini memperlihatkan tidak ada penghujungnya setelah pakatan pembangkang dikatakan terbubar dan Dap sendiri memutuskan hubungannya dengan Pas.

Namun yang menjadi persoalan kepada umum adalah mereka masih lagi berada di bawah satu bumbung iaitu di Selangor dan juga Pulau Pinang.

Anuar Shaari seterusnya berpandangan Dap bersekedudukan secara ‘haram’ dengan Pas di Selangor kerana masih lagi sebumbung di bawah satu payung kerajaan negeri terbabit walaupun sebelum ini riuh seluruh negara hubungan antara kedua-dua berkenaan terputus.

Beliau berkata jika hubungan terputus bukankah sepatutnya mana-mana wakil rakyat daripada kedua-dua parti berkenaan tidak lagi berada di bawah satu bumbung.

“Inilah politik luar tabiee yang diamalkan pakatan pembangkang. Dalam pakatan pembangkang yang utama bukan kejujuran atau keikhlasan tapi siapa yang bijak bermain wayang untuk pastikan agenda peribadi masing-masing tercapai,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment