Wednesday, July 22, 2015
Hu Phang Chow Putus Hubungan Dengan PAS, Dakwa Parti Itu Menyimpang... Anda Nampak Tak?
Anda nampak siapa yang duduk dalam sayap PAS selama ini....mereka ini
adalah penyokong DAP dalam senyap senyap bukan menyokong penuh PAS
selama ini.rupa rupa nya ...api dalam sekam.
SHAH ALAM : Bekas Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat, Hu Phang Chow
mengesahkan telah memutuskan hubungan dengan parti Islam itu, atas
alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS.
Memetik Malaysiakini, Hu berkata beliau sedih dan kecewa dengan PAS,
yang kini dipimpin golongan ulama, seolah-olah merosakkan parti itu
sendiri setelah berjaya membuktikan boleh mendapatkan sokongan daripada
pengundi bukan Islam sebelum ini.
"Masalahnya ialah ulama muda (yang mengambil alih parti). Parti itu
telah menyimpang dari jalannya dan memusnahkan segala yang telah
dicapai," kata Hu kepada portal berkenaan.
Hu adalah individu penting yang membantu menubuhkan sayap 'bongsu' parti
itu pada 2004 dan mengepalainya, sebelum dipecat dan diganti oleh N
Balasubramaniam.
Sebelum ini, N Balasubramaniam adalah Timbalan Pengerusi DHPP.
Hu berkata setelah menyokong PAS selama 16 tahun, fundamental parti itu
tidak berubah tetapi halatujunya telah menyimpang dari slogan parti itu
'PAS untuk semua'.
Ditanya sama ada Hu akan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah
gerakan yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS, beliau seolah
berteka-teki dan memberitahu perkara itu boleh diketahui sekiranya hadir
di jelajah GHB di Kota Bharu, Kelantan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment