Wednesday, July 22, 2015
Terpulang Kepada Tuhan Untuk Hakimi Kredibiliti Saya - Lester
KUCHING : Mempertahankan pendedahannya mengenai dakwaan plot untuk
memalsukan maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas
editor Sarawak Tribune Lester Melanyi berkata terpulang kepada Tuhan
untuk menghakimi kredibilitinya.
Lester berkata, beliau berpegang teguh kepada pendedahannya walaupun
kredibilitinya dipertikaikan termasuk dakwaan bahawa dirinya dianggap
sebagai pembohong dan seorang penghutang.
"Hanya Tuhan sahaja tahu sama ada saya boleh dipercayai atau tidak.
Hanya 'Dia' boleh menghakimi saya dalam perkara ini," kata Lester kepada
The Star pada Sabtu.
Ditanya mengenai dakwaan pengasas Sarawak Report dan editor Clare
Rewcastle-Brown yang menyifatkannya sebagai 'penghutang', Lester
berkata:"Saya tidak terkejut dia akan berkata demikian. Dia boleh
menyemak akaun orang lain dengan mudah."
Lester turut menafikan dakwaan bahawa beliau berbohong dalam perkara ini.
"Mari kita lihat siapa yang lebih teruk akhirnya nanti," katanya.
Ditanya sama ada polis telah menghubunginya, Lester berkata beliau selesai memberi kenyataan kepada polis pada Sabtu.
"Saya disoal siasat polis selama dua hari dan saya menunjukkan e-mel antara saya dan Clare," katanya.
Sebuah rakaman video pengakuan oleh Lester dimuat naik di laman YouTube
pada Rabu yang mendakwa beberapa pemimpin pembangkang bersama dengan
Sarawak Report merancang plot untuk memalsukan dokumen 1MDB dan
menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dakwaan tersebut dinafikan pemimpin pembangkang dan Rewcastle-Brown.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment