ALOR SETAR : Lima lelaki, termasuk tiga beradik cedera selepas disimbah
cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki warga emas di sebuah rumah di
Kampung Baru, Bakar Kapor, dekat sini, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 5 petang berlaku ketika lima individu berkenaan
dikatakan cuba menyelesaikan masalah hutang sewa rumah suspek yang
tertunggak beberapa bulan, sebelum warga emas itu tiba-tiba menyerang
mereka menggunakan asid.
Jurucakap polis berkata akibat kejadian itu, seorang daripada mangsa
dilaporkan melecur dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di
sini, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, manakala seorang
lagi dirawat di wad HSB.
Tiga lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan dan suspek berusia lingkungan 70-an ditahan untuk tindakan lanjut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment