
Wednesday, March 23, 2016
Akuan Sumpah Phang Li Koon Diragui !!
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Irfan Zaimi Md
Tahar hari ini membuat laporan polis berhubung akuan sumpah Phang Li
Khoon berhubung penjualan rumah banglo mewah kepada Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng.

Menurut Irfan, akuan sumpah yang dibuat Phang agak meragukan kerana
menurut sumber yang diperolehi dari Invest Penang.., jelas menyatakan
Phang mempunyai saham sebanyak 20% di dalam syarikat Winbond Management
and Consultantcy Sdn Bhd.
Oleh demikian, Irfan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan
siasatan secara terperinci kerana terdapat keraguan di dalam akuan
sumpah yang dibuat Phang.
"Di perenggan 12 Surat Akuan Bersumpah tersebut, beliau menyatakn bahawa
'I have no business dealing with the state goverment'. Saya mengesyaki
bahawa apa yang diikrarkan oleh beliau tidak tepat.
"Ini adalah kerana berdasarkan laman web 'Invest Penang' sebuah agensi
milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tertera syarikat Winbond Management
and Consultantcy Sdn Bhd sebagai salah sebuah syarikat yang diberi
kebenaran untuk membekalkan pekerja asing di Pulau Pinang.
"Phang Li Koon adalah merupakan pemegang saham sebanyak 20% syarikat
tersebut. Oleh yang demikian saya memohon agar pihak PDRM dapat
menyiasat perkara ini," kata Irfan.
Phang sebelum ini membuat akuan sumpah, bahawa penjualan rumah banglo
mewahnya kepada Guan Eng dibawah paras harga pasaran tidak mempunyai
sebarang unsur rasuah atau habuan.
Menurut Phang, beliau menjual rumah tersebut dibawah harga pasaran
kepada Guan Eng kerana telah lama mengenali Guan Eng, dan terhutang budi
kepada Guan Eng kerana sanggup menyewa rumahnya sejak 2009.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment