Wednesday, March 23, 2016

Mat Sabu Tak Berpeluang Cari 'JODOH' Di Sarawak!!

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/Nur-Jazlan_mat-sabu_600.jpg
Kesian Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana tak dibenarkan memasuki Sarawak sekaligus tak berpeluang bertemu 'jodoh' di negeri itu.

Itu laa.., kerja asyik nak memusingkan fakta je... Kan dah tak boleh masuk negeri bumi kenyalang tu... Nasib baik laa Melaka tak dapat hak keistimewaan seperti Sarawak untuk menghalang mana-mana individu memasuki negeri itu.

Kita pun rasa, kalau Melaka pun dapat hak macam Sarawak tu... Memang Mat Sabu tak dapat laa nak pijak kaki kat negeri bersejarah tu... Anda semua pun tahukan Mat Sabu pernah pusing sejarah mengenai 'Bukit Kepong' sampai masuk kes mahkamah.

Mengenai halangan Mat Sabu memasuki negeri Sarawak, kita belum dapat mengenal pasti puncanya... Namun, Andy difahamkan Sarawak mempunyai hak istimewa berbanding negeri-negeri lain.

Sarawak mempunyai hak untuk menghalang mana-mana individu yang tidak disukai memasuki negeri itu tanpa perlu memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).. Undang-undang ini telah termaktub semenjak Sarawak dan Sabah bersama negeri-negeri semenanjung yang membentuk negara Malaysia.

"Itu hak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Sarawak berhak untuk buat keputusan membenarkan sesiapa masuk atau usir sesiapa dari Sarawak. Tak payah maklumkan kepada KDN, itu hak mereka. Jika Mat Sabu tidak diberi masuk maka tidak bolehlah," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Walaupun belum dikenal pasti punca mengapa dan kenapa Mat Sabu tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke negeri Sarawak, namun kita percaya halangan itu berpunca daripada tindakan dan sikap Mat Sabu yang sering menipu dan menghasut rakyat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment