
Kesian Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu, atau lebih
dikenali sebagai Mat Sabu kerana tak dibenarkan memasuki Sarawak
sekaligus tak berpeluang bertemu 'jodoh' di negeri itu.
Itu laa.., kerja asyik nak memusingkan fakta je... Kan dah tak boleh
masuk negeri bumi kenyalang tu... Nasib baik laa Melaka tak dapat hak
keistimewaan seperti Sarawak untuk menghalang mana-mana individu
memasuki negeri itu.
Kita pun rasa, kalau Melaka pun dapat hak macam Sarawak tu... Memang Mat
Sabu tak dapat laa nak pijak kaki kat negeri bersejarah tu... Anda semua pun
tahukan Mat Sabu pernah pusing sejarah mengenai 'Bukit Kepong' sampai
masuk kes mahkamah.
Mengenai halangan Mat Sabu memasuki negeri Sarawak, kita belum dapat
mengenal pasti puncanya... Namun, Andy difahamkan Sarawak mempunyai hak
istimewa berbanding negeri-negeri lain.
Sarawak mempunyai hak untuk menghalang mana-mana individu yang tidak
disukai memasuki negeri itu tanpa perlu memaklumkan kepada Kementerian
Dalam Negeri (KDN).. Undang-undang ini telah termaktub semenjak Sarawak
dan Sabah bersama negeri-negeri semenanjung yang membentuk negara
Malaysia.
"Itu hak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Sarawak berhak untuk buat
keputusan membenarkan sesiapa masuk atau usir sesiapa dari Sarawak. Tak
payah maklumkan kepada KDN, itu hak mereka. Jika Mat Sabu tidak diberi
masuk maka tidak bolehlah," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur
Jazlan Mohamed.
Walaupun belum dikenal pasti punca mengapa dan kenapa Mat Sabu tidak
dibenarkan menjejakkan kaki ke negeri Sarawak, namun kita percaya
halangan itu berpunca daripada tindakan dan sikap Mat Sabu yang sering
menipu dan menghasut rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment