Wednesday, March 23, 2016

Jangan Lupa Selama 22 Tahun Akar Umbi Sentiasa Pertahankan Presiden

KUALA LUMPUR : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Md Jais Sarday menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan surat terbuka meminta ahli UMNO membantunya menyelamatkan parti dan negara dengan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang  langsung tidak menggambarkan beliau sebagai seorang negarawan yang disanjung serta dipandang tinggi.

Jelas beliau, seharusnya sebagai seorang negarawan dan pernah memimpin negara selama 22 tahun, Tun Mahathir seharusnya tidak bertindak mengeruh dan mengelirukan ahli di peringkat akar umbi.
md-jais-sarday 
“Bagi saya Tun sebenarnya mempunyai tujuan tersendiri untuk menjatuhkan presiden. Kita kena ingat, dalam sesebuah parti, kedudukan presiden itu melambangkan kekuatan parti. Jika ahli sesebuah parti itu jatuh- menjatuhkan pimpinan atasan maka akhirnya parti akan dilihat bermasalah.

“Apapun yang diperjuangkan janganlah sampai tahap menghasut di peringkat akar umbi. Masing-masing ada hujah tersendiri jadi biarlah akar umbi yang tentukan dan nilai hujah tersebut.

“Jangan rosakkan parti dengan hasut-menghasut. Jika kita sayangkan parti, kita akan selamatkan presiden dan inilah yang pernah Tun lalui dahulu bila Tengku Razaleigh Hamzah menentang beliau,” ujarnya kepada media.

Tambah Jais, Tun seharusnya tidak bersikap terlalu emosional kerana semua pemimpin tertinggi parti akan melalui cabaran tersendiri pada zaman masing-masing.

“Tun Mahathir juga melalui pelbagai dugaan semasa pemerintahannya selama 22 tahun dan ahli UMNO tetap utuh menyokong kepimpinannya. Jadi beliau seharusnya tidak mengugut dan menghasut ahli UMNO. Tindakan ini akan memporak-peranda dan merosakkan keutuhan parti.

“Tun jangan lupa.. dia catat sejarah dalam dirinya sendiri bila di zaman Tunku Abdul Rahman semasa tidak bersetuju dengan pemerintahan Tunku sebagai Perdana Menteri, Tun buat gerakan supaya dipecat, zaman Tun Abdullah Tun keluar parti bila tak sependapat dan di zaman Najib, masuk balik dan bila tak bersetuju keluar lagi sekali.

“Sebenarnya apa yang Tun Mahathir mahukan sehingga sanggup rosakkan parti. Lagi pula sekarang ini Tun bukan lagi ahli UMNO jadi buat apa dia perlu bersusah-susah kononnya nak selamatkan parti. 
Dia tidak lagi berhak untuk campur tangan dalam urus tadbir UMNO,” tegas Jais seterusnya.

Menerusi entri blog bertajuk ‘Surat Kepada Ahli-Ahli Cawangn UMNO’ yang dimuat naik baru-baru ini, Dr Mahahir antara lain meminta ahli parti yang sayangkan perjuangan asal UMNO membantunya menyelamatkan parti dan negara.

Dr Mahahir juga meminta usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri dibuat pada mesyuarat UMNO cawangan selain usul supaya pemilihan parti tidak ditangguhkan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment