Wednesday, March 23, 2016
Meroyan Tak Tentu Pasal.... Pembangkang Gesa KM Sarawak Tarik Balik Larangan Masuk Sarawak
KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (PAN) kesal dengan tindakan kerajaan
negeri Sarawak yang mengenakan larangan kemasukan terhadap Presidennya,
Mohamad Sabu untuk berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa meminta larangan terhadap
pemimpin pembangkang yang turun ke negeri itu ditarik segera.
"Ia merupakan tragedi malang apabila seorang rakyat Malaysia, yang juga
Presiden PAN disekat pergerakannya, meskipun disebut tentang hak, visa
dan kuasa autonomi.
"Sedangkan sebagai seorang rakyat Malaysia, melalui Artikel 9 menyentuh
tentang hak dan kebebasan rakyat Malaysia untuk bergerak.
"Jadi saya meminta Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Adenan Satem yang
difahamkan seorang yang terbuka, namun malangnya beliau memulakan
pencemaran yang memalukan dan menafikan hak demokrasi seseorang itu
untuk bergerak," katanya di sidang media bersama pimpinan Pakatan
Harapan di Lobi Dewan Rakyat, pagi tadi.
Terdahulu Presiden PAN, Mohamad Sabu dilarang memasuki Sarawak pada pagi tadi, sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu.
Mohamad, atau dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa tidak diberikan
sebarang sebab disebalik larangan tersebut, namun ia dikatakan
dikeluarkan atas arahan pejabat Ketua Menteri Sarawak.
Beliau dan pegawainya yang tiba di Sarawak sempena kempen pilihan raya negeri ditahan semasa melalui pemeriksaan imigresen.
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang juga dilaporkan disekat untuk
memasuki negeri itu atas pelbagai alasan, antaranya Naib Presiden PKR
Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin,
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, anggota
Parlimen Subang R Sivarasa, anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment