Wednesday, March 23, 2016
PAN Jangan Mimpilah.... PAN Cabar PAS Bentuk Kerajaan Baru Di Terengganu
KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (PAN) hari ini mencabar PAS Terengganu
menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat daripada Umno-Barisan
Nasional (BN) untuk membentuk satu kerajaan baru.
Pengerusi PAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata
sekiranya tindakan itu berjaya dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang, ia sekaligus melenyapkan tanggapan parti Islam itu
kini kononnya bersama Umno-BN.
Bukan itu sahaja, PAN membayangkan bekas menteri besar Terengganu, Datuk
Seri Ahmad Said tidak akan kekal di dalam Umno-BN selepas mengusulkan
undi tidak percaya terhadap penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul
Rahman.
Selepas membangkitkan usul itu 8 Mac lalu, dimaklumkan segala peruntukan
kerajaan negeri terhadap Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal telah ditarik
balik.
'Kegusaran' dikalangan pembangkang Terengganu yang mahu Dewan Undangan
Negeri (DUN) dibubar berasaskan kemungkinan kedudukan Umno-BN dan PAS
seri 16 kerusi.
Umno-BN pada waktu ini memperolehi 17 kerusi, PAS 16 kerusi dan PKR pula satu kerusi.
Sementara itu Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mahu PAS bertindak agresif dan membuktikan ia tidak menyokong Umno-BN.
"PAS ini di mana? Adakah bersama Umno atau pembangkang? Ini adalah
peluang keemasan menzahirkan pendirian dan membuktikan tidak bersama
Umno.
"PAS kena bersama ADUN PKR dan dalam masa yang sama bertindak membuat
keputusan sama asa untuk membubarkan DUN atau runding dengan ADUN
Umno-BN untuk tambah penyokong dan membentuk kerajaan baru," katanya.
Sebelum ini PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul
undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak
terlibat dengan gerakan Ahmad yang mencadangkan usul itu di DUN
Terengganu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment