Wednesday, March 23, 2016
PKR Buat Laporan Polis Terhadap IGP Kerana Salah Guna Kuasa... Orang Lain Semua Salah... PKR Saja OK
Nak kata Bangang Marahhhh...dah tahu Mahkamah telah memutuskan
kesalahan ANWAR... habis apa lagi buat Billboard besar dan setiap Simpang
dan Kawasan tertentu untuk tatapan orang ramai dikatakan seperti ANWAR
tidak bersalah.... Kan BODOH NAMA TU.
KUALA LUMPUR : PKR akan membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar, selepas mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) menurunkan papan iklan #BebasAnwar dibeberapa kawasan Selangor.
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata pihaknya akan turut
membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)
terhadap Khalid kerana menyalahgunakan kuasa.
"Saya dan rakan rakan akan buat laporan polis terhadap IGP (Tan Sri
Khalid Abu Bakar) dan juga akan buat laporan kepada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan salahguna kuasa oleh IGP,
kerana tiada kuasa (campuri) PBT.
"Kami (PKR) akan memberi arahan kepada ahli Majlis PBT untuk membuat
laporan polis dan kita juga akan buat laporan polis tentang papan iklan
berkaitan kerajaan (yang didakwa menipu rakyat) nak tengok samada IGP
akan turunkan kerana menipu rakyat maka lebih teruk dari bebas (Datuk
Seri) Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi hari
ini.
Semalam, pihak polis didakwa menurunkan tiga papan iklan #BebasAnwar disekitar Ampang tanpa izin daripada PBT negeri Selangor.
Dalam pada itu, Zuraidah berkata lokasi papan tanda itu adalah kepunyaan
kerajaan negeri dan pihak polis tiada kuasa untuk menurunkan papan
tanda berkenaan.
"Dua kawasan yang diletakkan papan iklan bebas Anwar adalah kepunyai MBI
(Menteri Besar Incorporated) jadi atas dasar itu maka tidak perlu ada
campur tangan daripada pihak mana-mana untuk kita (kerajaan negeri) nak
iklankan di papan tanda itu.
Sabtu lalu, Khalid meminta PBT di Selangor supaya menurunkan papan iklan
#BebasAnwar di negeri itu yang didakwa memaparkan unsur-unsur hasutan
kepada umum.
Perkara itu dinyatakan beliau menerusi akaun Twitternya di mana polis
sedang mengesan papan tanda itu yang didapati mempunyai unsur hasutan
dan mengelirukan rakyat.
Sebelum ini, Presiden Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu
Malaysia Datuk Jamal Md Yunus berhasrat untuk membakar papan tanda
'Bebas Anwar' di Sabak Bernam yang didakwa beliau tidak mempercayai
sistem kehakiman negara.
Untuk rekod, terdapat lebih 20 papan iklan itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di Subang dan Rawang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment