KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa
menegaskan sikap perkauman tidak boleh diterima di negara ini kerana
asas pembentukan negara bangsa Malaysia adalah melalui keharmornian
pelbagai kaum dan tidak ada tempat untuk kepimpinan yang bersifat
chauvanist dan ekstremis.
Menurut beliau sebarang bentuk perkauman adalah perkara yang tidak
sihat dalam usaha membina negara bangsa dan kepelbagaian kaum harus
diterima dalam suasana keharmonian di negara ini.
“Kefahaman
ini harus disebarkan kepada semua peringkat agar sentimen perkauman
yang boleh menyinggung mana-mana kaum di negara ini dapat dielakkan.
Masyarakat sangatlah penting dalam proses bina negara.
“Kita dah bina sehingga kini dengan politiknya, ekonominya dan
pelbagai lagi. Kita tidak mahu lihat negara yang bina ini terombak
akibat kegiatan parti yang cuba untuk melemahkan kerjasama antara UMNO
dan MCA menerusi Barisan Nasional (BN)”, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan bersama Biro Publisti MCA di sini, Rabu.
Beliau seterusnya menambah sifat perkauman bukanlah satu perkara yang
dimahukan malah sejak dahulu lagi UMNO telah menolak sifat tersebut.
“Jika semua ini dapat difahami maka tidak akan timbul sentimen yang
dianggap negatif dan semangat ini harus diperkayakan dan harus
dipertingkatkan kerana ini adalah jawapan kepada isu perkauman yang
makin ketara berlaku pada masa ini” ujarnya.
Beliau seterusnya melihat tidak ada alternatif kepada BN kerana tidak
ada parti yang berjaya meniru formula BN sepertimana yang cuba
dilakukan oleh Pakatan Harapan yang hanya menumpu kepada sifat perkauman
dan tidak ada elemen yang dapat dilihat untuk mengambil alih
pemerintahan negara ini.
“Tidak seperti BN apabila bertanding pada pilihanraya, kita
menggunakan satu lambang, satu falsafah dan satu perlembangaan walaupun
ada perbezaan pendapat tetapi perbezaan itu yang menguatkan parti,”
katanya.
Berhubung pertemuan dengan Biro Publisiti hari ini, beliau
memberitahu banyak perkara yang dibincangkan dan bertukar pandangan
dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama di dalam BN.
“Kita telah manfaatkan pertemuan ini untuk berbincang hati ke hati
untuk bersama memahami cabaran-cabaran dan pelan tindakan kedua-dua
parti. Seperti mana kita tahu UMNO dan MCA adalah rakan BN yang sangat
penting termasuklah rakan-rakan komponen lain.
“Hal ini bukanlah hanya bertumpu antara UMNO dan MCA, tetapi kita
banyak berbincang mengenai hal-hal di antara orang Melayu dan masyarakat
Cina yang mana kita rasakan kedua-dua parti sangat bertanggungjawab
untuk meneruskan idealisme yang kita telah bentuk bersama semasa
menuntut kemerdekaan”, ujarnya.
Beliau turut memberitahu pertemuan itu juga turut membincangkan
mengenai perkara yang menjadi kerisauan yang berlaku antara masyarakat
Melayu dan Cina.
“…dan ini sangat berguna kepada kedua-dua parti. Perkara ini diharap
tidak berlaku secara formal tetapi kita mahu melihat kerjasama ini
berlaku dalam keadaan yang lebih santai dan lebih penting ianya berlaku
sehingga ke peringkat bawahan.
“Maka dengan semangat kerjasama ini ia akan lihat lebih nyata dan
benar benar wujud bersama mendukung peranan dan tanggungjawab. Antara
cadangan yang dibicangkan adalah kedua-dua parti dapat mewujudkan
jawatan kuasa kecil sekiranya terdapat perkara-perkara yang khusus untuk
diselesaikan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment