
Ramai yang mendakwa kononnya Sultan Johor tidak suka dengan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad kerana Najib terlibat banyak skandal dan telah memecat
anak jati Johor sebagai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Walau bagaimanapun, semua tuduhan itu adalah tidak benar dan berniat
jahat apabila Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ),
mendedahkan siapa sebenarnya yang tidak disukai Sultan Johor.
Menurut TMJ, beliau masih ingat sejarah hitam yang dilakukan Mahathir
ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan tidak akan sesekali
melupakan sejarah itu.
TMJ berkata, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri, Mahathir rakus
dengan jawatannya sehingga sanggup melayani keluarga Sultan Johor
seperti pendatang.
"Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992.
Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh
pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.
"Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di
lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak
membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana
Johor.
"Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke
Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan
kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih
ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang
bertanggungjawab," kata TMJ dalam posting di laman Facebook.
Ayat 'saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab'
jelas menunjukkan TMJ tidak lupa kekejaman yang dilakukan Mahathir
ketika itu, dan mahu menyedarkan orang ramai tentang lakonan Mahathir
yang kini berpura-pura baik dengan rakyat.
Walaupun sejarah hitam masih terpahat didalam ingatan, TMJ bersyukur
kepada Allah kerana hukum karma telah diturunkan terhadap pemimpin yang
mengukir sejarah hitam kepada keluarga Johor.
"Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di
dalam keadan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ia bukan hanya
sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami.
"Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara
satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus
diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam
negara.
"Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak
haloba dan sikap gila kuasa, tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi
rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana kita dilantik untuk
berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment