Monday, March 25, 2013

Tanding Guna Tiket PAS : Umpama Badan Lembu Daging Khinzir


24 Mac 2013


kit_siang_tanding_lambang_PAS
ADA macam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan berikutan cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor  dengan menggunakan tiket PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Sudah tentu di kalangan bongok-bongok dalam PAS, berita ini disambut dengan sorak gembira kerana kononnya menunjukkan bukti bahawa DAP tunduk di tangan PAS sehingga penasihatnya pun bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.

Sementara di kalangan bongok-bongok DAP pula, keputusan ini menimbulkan persoalan mengenai kekuatan parti tersebut sehingga Kit Siang terpaksa bertanding dengan menggunakan lambang PAS.  Maklumlah, banyak disebut tentang kejayaan parti rasis tersebut dalam memenangi sokongan orang Melayu, tapi kenapa Kit Siang perlu bertanding atas lambang PAS?

Realitinya, orang Melayu waima dalam PAS dan PKR pun tidak boleh terima DAP.  Sebab itu kalau kita lihat bendera-bendera parti politik pembangkang yang bersepah sekarang, jarang yang kita boleh jumpa bendera DAP diletakkan sekali, biasanya hanya bendera PKR dan PAS sahaja, lebih lagi di dalam kawasan majoriti Melayu.

Malah ada kes dimana bendera DAP yang diletakkan pihak-pihak tertentu bersama-sama bendera PKR dan PAS, ditanggalkan tidak sampai 24 jam pun.

Sebab itulah agaknya Kit Siang bercadang memperalatkan PAS untuk bertanding di Gelang Patah dengan menggunakan tiket PAS.

PAS (bukan PKR) dipilih Kit Siang sebab parti ini memang bodoh dan ketandusan pemimpin.  Kita perlu ingat dalam pilihanraya umum 2008, PAS meletakkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti tersebut di Pasir Mas, walaupun tahu Ibrahim Ali tidak akan menyokong parti tersebut jika menang sekalipun!!

Itulah yang dibuat Ibrahim Ali sebaik menang pada 2008, mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas, meninggalkan PAS terkulat-kulat!!  Tapi macam biasalah, PAS masih dengan tak malu mengaku kemenangan itu adalah kemenangan mereka, dan sekarang sampailah giliran Kit Siang pula untuk mengambil kesempatan di atas ‘kecacatan’ PAS itu.

Rakyat diharapkan tidak terpedaya dengan taktik Kit Siang memperkudakan PAS ini.  Takde mananya PAS mengawal DAP sehingga Kit Siang bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.  Itu gimik dan propa sahaja, bukan fakta yang sebenarnya.

Pembangkang nak kalah ni macam-macamlah taktik pelik-pelik dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Guan Eng Menggelabah Bila Cina Sendiri Berdemonstrasi


24 Mac 2013


PRAI_demo 7
Oleh Zul Rawi

Di saat pakatan pembangkang begitu yakin dan mendabik dada, kononnya pengundi Cina akan tetap menyokong mereka dalam pilihanraya umum -13, tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan laporan himpunan bantahan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang. Dianggarkan sekitar 400 orang yang terdiri daripada belia Cina dan India telah berarak dari Jalan Macalister menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.

Ia ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan gagal menanggani pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat. Antara yang disuarakan ialah kegagalan DAP dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Cina kerana lebih tertumpu kepada kroni yang ada kepentingan dan rapat dengan ‘Dinasti Lim’.

Mereka juga mengatakan tidak lagi percaya kepada anak Lim Kit Siang itu yang dikatakan gagal mengotakan janji-janji yang pernah diucapkan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Malah mereka juga dikatakan turut membantah pembinaan terowong dasar laut yang ingin dibangunkan kerana merasakan ia merugikan duit rakyat dan bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk di bahagian pulau.

Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan kerajaan pimpinannya yang ingin membangunkan terowong dasar laut bernilai 6.3 billion.

Tambah menarik, di masa yang sama turut berlangsungnya satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Islam Pulau Pinang yang mendesak agar Setiausaha DAP itu menarik kembali kenyataannya berhubung pengunaan kalimah Allah di dalam Bible.

Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat jumaat itu dikatakan berjaya menghimpunkan sekitar 300 orang yang turut dihadiri oleh ahli dan penyokong dari Pas.

Kumpulan tersebut dilaporkan telah berarak sejauh 1 kilometer itu telah bermula dari Masjid Simpang Enam menuju ke Komtar. Kedua-kedua kumpulan tersebut akhirnya bergabung di dataran Komtar menjadi satu kumpulan yang membawa suara rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Salah seorang peserta yang ditemui berkata, perarakan ini adalah merupakan lanjutan dari himpunan yang diadakan sebelum ini dan sekiranya Guan Eng masih berdegil pihak penganjur akan terus mengadakan himpunan yang sama setiap dua minggu. Ia bagi mendesak dan memberi pengajaran kepada Guan Eng agar tidak celupar terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Menurut sumber pula, pada sebelah pagi satu laporan polis telah dibuat oleh Guan Eng sendiri di IPK Timur Laut bagi mengesa pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur agar membatalkan himpunan dan perarakan tersebut.

Mungkin kerana takut dan panik, telah menyebabkan pimpinan DAP itu terlupa akan Akta Himpunan Aman yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia tidak berapa lama dahulu. Bukankah ia merupakan salah satu tuntutan yang pernah diperjuangan oleh parti sekular itu?

Nampak sangat Guan Eng ini merupakan seorang ahli politik yang ‘double standard’, apabila pakatan pembangkang mengadakan himpunan, mereka akan mendesak agak pihak polis memberikan kebenaran atas nama kebebasan, demokrasi dan hak asasi yang dijami perlembagaan. Namun apabila himpunan tersebut ditujukan kepada mereka, dengan pantas laporan polis dibuat, agar tindakan diambil agar ia segera dibatalkan.

Malah atas ‘arahan’ pihak-pihak tertentu juga, semua pintu masuk ke dalam bangunan tersebut dikatakan telah ditutup. Tidak cukup dengan itu semua perkhidmatan lif dan eskalator turut dimatikan bagi mengelakkan peserta himpunan naik ke tingkat atas yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Rupa-rupanya, mereka yang sebelum ini sering melaungkan slogan kebangkitan rakyat dengan meminta masyarakat turun ke jalanraya untuk menumbangkan kerajaan BN, sebenarnya takut dan gentar apabila berhadapan dengan sitausi yang sama.

Lebih-lebih lagi apabila himpunan yang diadakan itu bertujuan untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap kegagalan kerajaan pakatan di Pulau Pinang.

Syabas dan tahniah kepada rakyat Pulau Pinang yang berani bangkit mempertahankan hak mereka ia sekaligus dapat membuka hati dan minda masyarakat di negara ini yang sering tertipu dengan janji-janji Pakatan.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Jamalul Kiram "Diburu": Pembunuh Pun Takut Mati?


23 Mac 2013


kiram2
PENULIS tak sangka, pembunuh seperti Jamalul Kiram III ini yang bertangungjawab terhadap kematian 10 anggota pasukan keselamatan negara juga takut mati.

Ini setelah Setiausaha kepada lanun Sulu ini, Abraham Iridjani mengadu mengenai kehadiran 4 anggota komando Malaysia di negara itu bersedia untuk membunuh ketuanya.  Lebih menarik, boleh pulak si Iridjani ini tahu pulak pangkat ketua pasukan komando tersebut dan kekuatan mereka!!

Begitu seriusnya perkara tersebut sehingga Menteri Pertahanan Malaysia pun terpaksa keluar kenyataan menafikannya.

Agaknya bodoh juga komando Malaysia ni yang datang dalam misi membunuh di negara asing, mewar-warkan kehadiran mereka kepada sasaran yang nak dibunuh,  apa tak bagi bunga dan kad nama sekali?

Bagaimanapun, penulis perlu akui, misi seumpama ini memang berlaku di mana-mana hampir setiap masa.
CIA, NSA, Mossad, FSB dan kebanyakkan agensi perisikan dunia yang lain sering kali melakukannya untuk menghapuskan musuh negara masing-masing, tapi bukanlah begitu bodoh nak maklumkan kepada dunia kehadiran mereka.

Operasi seumpama itu biasanya dilakukan dengan penuh kerahsiaan dan dilakukan oleh agen yang terlatih dengan teknik ‘stealth killing’, seperti penggunaan racun dan lain-lain.

Hantar komando ini untuk operasi serangan terbuka melibatkan kuasa tembak yang agak banyak.  Jelasnya disitu, tidak logik langsung negara ini nak hantar komando untuk membunuh Kiram kerana ia akan memburukkan hubungan baik dengan Filipina selain melibatkan risiko yang tinggi.

Walaupun kita tahu elemen Group Gerak Khas (GGK) ATM ada unit yang boleh jalankan tugas seumpama itu.
Maklum sajalah, tidak ada kerajaan dalam dunia yang menyokong pembunuhan rakyatnya oleh pihak asing dalam negara sendiri!!

Dalam masa yang sama, tertanya juga, apa Kiram nak takut sangat?  Kalau kau boleh hantar lanun kau untuk ceroboh negara orang dan bunuh pasukan keselamatan kita, takkan kita tak boleh nak masuk negara kau dan bunuh kau seorang?

Nyawa balas dengan nyawalah dan dalam mood rakyat Malaysia hari ini, tak seorang pun akan mempertikaikan tindakan kerajaan kalau menghantar pasukan pembunuh ke Filipina untuk menamatkan riwayat Kiram.  Walaupun begitu, penulis tidak rasa itu pendekatannya kerajaan sekarang.

Kiram pun dah tak sihat sangat dah tu, mata buta sebelah, buah pinggang masalah, membunuh si tua zalim ini hanya membazirkan peluru dan membuang masa kerajaan untuk melayan kecaman antarabangsa kerana tindakan seumpama itu.

Lagipun kerajaan Filipinan sangat bekerjasama dengan kerajaan Malaysia semenjak insiden pencerobohan ini berlaku sehingga tidak disenangi keluarga lanun ini sendiri.  Kononnya Presiden Filipina, P’noy menyebelahi kerajaan Malaysia, eh dah tentulah, takkan dia nak sokong rakyat dia ceroboh negara lain.

Kang kita pulak ceroboh Filipina, apa P’noy  nak kata?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Ustaz Azhar Idrus - Dakwah atau Dakyah?


23 Mac 2013


Azhar Idrus menjadi popular kerana ceramah agamanya ala loyar buruk dan lawok jenaka. Sekarang beliau sudah masuk ke satu tahap baru – politik dan memfitnah ahli politik lain. Anda nilaikan sendiri beliau pendakwah atau pendakyah!

Artikel Berkaitan:



Dipetik daripada : www. mykmu. net 

PRU-13 : Seronoknya Mereka "Berebut Kerusi"


PRU-13: Seronoknya Mereka 'Berebut Kerusi'...

Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;

Parlimen Gelang Patah

Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!

Parlimen Bagan Serai

Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.

Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?

Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini?

Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?

DUN Changkat Jering

YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.

Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.

DUN di Kedah

Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....

Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...

Sepakat membuka mata, mencelik minda..

Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!

Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!

Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan.

Demi agama, bangsa & negara

BN Pilihan Rakyat 1Malaysia

Oleh: hulubalangKANAN

Thursday, March 21, 2013

Dakwaan tawar Wang: Sila Anwar Saman Eskay


21 Mac 2013


COVER_5004
N SURENDRAN, budak estet yang berjaya menjadi peguam kerana sistem pendidikan negara yang telus dan adil dibawah pemerintahan kerajaan BN, hari ini dengan megah mendakwa sesiapa juga yang bawa cerita bohong tentang Anwar akan disaman sampai muflis.

Kenyataan Surendran itu dibuat semasa memfailkan saman berjumlah RM 100 juta terhadap seorang blogger yang didakwa memfitnah Anwar berhubung penyebaran satu video klip yang menunjukkan perlakuan seks sejenis.

Dari cara ia diucapkan, seolah-olah Surendran pasti 100% bahawa apa jua kes saman membabitkan Anwar di Mahkamah akan dimenangi ketua pembangkang tersebut.  Macam dia pulak hakim, walhal dia peguam saja pun.  Tak tahulah kalau lain-lain kira di belakang dengan hakim kan.

Anwar tahu sajalah.

Tapi itu nantilah kita sembang, hari ini penulis lebih berminat nak merujuk kepada dakwaan terbaru Datuk Eskay Abdullah yang dibuat melalui rakannya Tan Sri Rahim Tamby Chik bahawa Anwar cuba menawarkan sejumlah wang yang banyak kepada Eskay supaya beliau menandatangani akuan bersumpah yang menafikan pembabitan Anwar dalam satu video seks dengan pelacur China.

Eskay, macam yang kita sedia maklum, sering terlepas dari tindakan undang-undang oleh Anwar.  Selain beliau, ada juga ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, turut mendapat ‘imuniti’ dari disaman Anwar, tak kiralah apa yang dikatakan beliau mengenai Anwar, macam video di bawah:-

Persoalannya sekarang, bila Anwar nak saman semua orang tu?

Pandai pulak Anwar pilih-pilih nak saman orang mana satu ya.  Walhal kalau nak diikutkan kepada damaging, besar juga dakwaan yang dibuat oleh orang-orang ini, tapi pelik, kenapa dia tidak saman?

Baru-baru ini pun ada seorang peguam dalam pasukan pembelaan kes Anwar meliwat Saiful dulu bernama Yuktes Vijay tampil dengan cerita sebenar di sebalik kes tersebut, sepatutnya Anwar di dapati bersalah, tapi kerana kelemahan pegawai penyiasat, hakim berasa tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut, bukan sebab tak liwat.

Sekali lagi, bila Anwar nak saman Yuktes?

Jadi kesimpulannya, toksah Surendran nak temberang banyaklah.  Setakat saman RM 100 juta, dapat RM 100 ribu (itupun belum tentu, silap-silap selesai luar Mahkamah), tak siapa pun yang boleh bankrap.

Lagipun, rakyat bukan bodoh nak nilai konsistensi Anwar dalam bab saman menyaman ni.  Dengan orang ini cakap lain, dengan orang itu cakap yang lain pulak.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Antara Nabil dan Abby Abadi


21 Mac 2013


Oleh Nor Azlina Shaari

Video yang sekarang ini berjudul ‘Bangkang Dari Longkang’ semakin menjadi viral sejak beberapa bulan ini.
Video tersebut menampilkan beberapa barisan artis tanah air yang melakukan ‘parody’ terhadap segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh gabungan parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS-DAP.

Salah seorang artis yang turut membintangi video ‘Bangkang Dari Longkang’ itu adalah Nabil Raja Lawak.

Dalam beberapa siri atau tajuk video yang ada, Nabil berjaya membawa watak-watak pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan jayanya. Memperlihatkan perangai sebenar mereka kepada umum.

Walaupun tindakan Nabil membintangi video tersebut mendapat pelbagai kata-kata cacian, makian juga semburan kata-kata kesat, hakikatnya, usaha Nabil itu patut dipuji.

Ini kerana, sudah tiba masanya rakyat perlu sedar perangai sebenar setiap pemimpin tertinggi dari PKR-PAS-DAP.

Sekali lagi, usaha murni Nabil itu patut dipuji. Nabil sendiri meluahkan dia tidak takut dengan apa yang dilakukannya dalam lakonan video ‘Bangkang Dari Longkang’.

Kerana, setiap yang ditonjolkan itu adalah untuk menyedarkan masyarakat Malaysia.


Betapa parti pembangkang tidak mempunyai matlamat yang realistik untuk memimpin negara Malaysia. Segala janji yang ditaburkan hanyalah kata-kata kosong.

Justeru itu, Nabil tidak mahu khususnya rakyat sekarang apatah lagi generasi akan datang tertipu dengan propaganda pembangkang yang mempunyai niat kotor untuk menawan kerajaan yang sedia ada kini.

Seharusnya orang ramai tidak perlu marahkan Nabil kerana apa yang dikatakan oleh Nabil adalah benar semata-mata tentang usaha murni kerajaan untuk menjaga negara, menjaga kebajikan rakyat dan tidak pernah lupa pada janji.

Berbanding dengan parti pembangkang, sejak manifesto 2008 lagi, mereka tidak mampu untuk mengotakan segala janji yang diberikan.

Kalau difikirkan secara logik, mungkin orang ramai patut marahkan pelakon wanita, Abby Abadi yang terlalu lantang bersuara menyalahkan kerajaan dalam setiap perkara.

Abby gemar menuduh kerajaan terlalu zalim kepada rakyat walhal tidak tahu apakah makna sebenar Abby mengenai perkataan ‘zalim’ itu.

Mungkin juga, Abby perlu menonton video ‘Bangkang Dari Longkang’ agar Abby sendiri dapat membuka mata dan fikirannya tentang pemahaman tentang pihak mana yang benar dan pihak mana yang tersasar dari matlamat yang sebenar.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Wednesday, March 20, 2013

Semua Salah Kerajaan


21 Mac 2013



Penceroboh Sabah Cuba Ulang Sejarah


21 Mac 2013


Azzumudie Kiram
Kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino yang melihat tragedi penceroboh bersenjata di Sabah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mengadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro. Yang paling mendukacitakan dalang utama terhadap serangan tersebut, hidup dengan selesa berbanding kesengsaraan keadaan para pengikut diperdaya sehingga terpaksa mengorbankan nyawa.

Lebih menarik lagi, apabila Aquino turut mengatakan tindakan bodoh Jamalul Kiram III ini adalah merupakan satu pengulangan sejarah. Mengikut fakta ketika zaman bekas Presiden, Ferdinand Marcos, beliau turut pernah melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

Menurut maklumat yang diperolehi pembunuhan tersebut merupakan satu perancangan jahat Marcos untuk menyerang dan merampas Sabah dari Malaysia. Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 semakin menaikkan kemarahannya yang menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu.

Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan mengganggu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. Dengan keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia memperolehi kemerdekaan dan konfrontasi antara Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.

Maka satu operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka” telah tubuhkan dengan fasa pertama mereka telah melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun. Rekrutmen baru tersebut pada awalnya dilatih dalam perang hutan di Camp Sophia dalam pulau kecil Simunul di Tawi-Tawi yang akhirnya dihantar ke Pulau Corregidor untuk latihan militari lebih lanjut.

Pada awalnya mereka diberitahu bahwa mereka sedang menjalani latihan ketenteraan yang mencakupi perang hutan dan sebagai pasukan penerjun payung udara untuk berperang melawan pemberontak komunis.

Namun keengganan para pemuda tersebut untuk berperang dengan saudara seIslam di Sabah apabila mengetahui tujuan asal misi tersebut, ialah “Penyerangan Sabah” seramai 28 dari 300 orang rekrut telah dibunuh secara kejam. Seterusnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 kesemua mereka telah dibunuh secara beramai-ramai.

Aquino melalui kenyataan semalam turut mengatakan di sebalik tragedi itu, mereka yang melakukan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, GAGAL untuk belajar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang.

Malah beliau turut mengkritik tindakan Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu, namun langusng tidak mempunyai perasaan untuk menjaga keselamatan dan nyawa para pengikutnya. Presiden Filipina itu turut mengulangi gesaan sebelum ini yang meminta Azzumudie dan para pengikutnya untuk berundur dan pulang kerana pengunaan keganasan tidak akan memberikan sebarang hasil.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bekas Pengasas PKR Baru Sedar Azmin Lelaki Dayus?


21 Mac 2013


assmin

Saya tidak hairan apabila salah seorang bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong memberitahu media bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, merupakan seorang yang dayus dan sedang berada dalam kepanasan berhubung isu pendedahan Mohd Fareez Kamal Intidzam.

Dalam kenyataan media Lum Yong semalam, dia berkata…

“Kita difahamkan bahawa Azmin Ali dalam kepanasan sebab penyokong-penyokong Wan Azizah memberi tekanan hebat kepada beliau berikutan episod Fareez Kamal.

“Kita dapat maklumat awal bahawa Azmin akan menyalahkan UMNO untuk lepas tengkuk sendiri daripada terus menerima tekanan politik dalam PKR. Jika benar maka ia merupakan satu tindakan yang dayus.

Sebenarnya, satu Malaysia sudah tahu betapa dayusnya Azmin Ali. Dia terlalu dayus untuk menjadi seorang lelaki apabila dikantoikan adiknya sendiri, Ummi Hafilda, yang dapat menghidu kegiatannya “menjaja isteri” sendiri untuk membodek Anwar.

Itu bukan rahsia. Saya yakin, satu negara tahu tentang cerita Ummi Hafilda yang mengekori kereta milik Datuk Nallakaruppan yang membawa Shamsidar Taharin ke Tivolli Villa untuk bertemu Anwar.

Tak tahulah apa yang dibuat oleh isteri Azmin dan Anwar di kondominium mewah tersebut. Khabarnya terdapat banyak tompokan air mani milik Anwar dan Shamsidar di atas tilam yang diusung masuk ke kamar mahkamah sebagai bukti.

Itu dosa Anwar dan isteri Azmin, saya tak mahu campur. Jawablah nanti di depan Allah. Namun apa yang jelas, Azmin sememangnya dayus jika dirujuk pada kegiatan tersebut, bukan?

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dari Wan Azizah berhubung tekanan yang diberikan dari kem Presiden PKR itu terhadap Mohd Fareez. Manakala Azmin juga masih berdiam diri bila dikaitkan dengan pendedahan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, itu.

Sebagaimana maklum, maklumat yang diperoleh dari sumber dalaman PKR sebelum ini menceritakan tentang wujudnya kem Wan Azizah dan kem Azmin Ali yang bermusuh di antara satu sama lain.

Salah satu sumber menjelaskan bahawa permusuhan itu bermula pada pemilihan PKR yang lalu di mana Azmin pada mulanya berura-ura untuk mencalonkan diri sebagai Presiden parti itu.

Namun cita-cita Azmin itu dihalang oleh ramai ahli PKR yang mahu menobatkan Wan Azizah sebagai Presiden memandangkan jasa isteri Anwar itu yang dikatakan begitu setia dan sanggup menelan kepahitan dari kegiatan “gelap” suaminya.

Azmin kemudian terpaksa mengalah dengan kemahuan ahli-ahli PKR yang bersimpati pada Wan Azizah dan dia hanya mampu menempatkan diri sebagai orang nombor tiga terpenting di dalam PKR, di belakang pasangan Anwar suami isteri.

Dari situlah bermulanya kem Wan Azizah dan Azmin. Antara mereka yang dipercayai dari kem Wan Azizah ialah Khalid Ibrahim, Nurul Izzah, Zulkifli Noordin (dipecat dan berjaya disingkirkan Azmin) dan ramai lagi.

Manakala kumpulan Azmin pula disertai oleh Rafizi Ramli, Mak Lampir, Sam Ketot dan beberapa golongan opportunis yang bercita-cita tinggi melalui jalan mudah iaitu membodek Anwar semahu-mahunya.

Dan kini, pendedahan Mohd Fareez itu mengukuhkan lagi dakwaan permusuhan di antara dua kumpulan di dalam PKR itu, dan masalah itu bukanlah masalah biasa atau kecil, malah mampu membuat parti itu “karam”!

Serius atau tidak, permusuhan itu telah membuat Mohd Fareez rasa terancam dan terpaksa membuat laporan polis. Ganas juga kumpulan Wan Azizah itu, bukan? Sampai kumpulan Azmin terpaksa membuat laporan polis?
Khabarnya, Azmin sedang mencatur kenyataan dalam masa terdekat bagi menjawab isu itu dan dia dijangka seperti biasa akan menyalahkan UMNO atau BN atas apa yang berlaku di dalam PKR itu.

Pelik tapi benar. Walaupun ia hal dalaman PKR, tapi Azmin tetap nak salahkan UMNO juga? Payahlah kalau begini. Semua yang berlaku dalam PKR semuanya salah UMNO dan BN? Anwar tertinggal jam tangan Omega pun salah UMNO juga? Biar betul..!

Dipetik daripada : www. mykmu. net