| 
PRU-13:
  Seronoknya Mereka 'Berebut Kerusi'... | 
| 
Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat'
  rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran
  Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya'
  PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi'
  mereka;  
Parlimen Gelang Patah  
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan
  Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa
  calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama
  Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak
  lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman
  tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah,
  persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih
  memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat
  bergema!  
Parlimen Bagan Serai  
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty
  diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah
  Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini,
  PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar
  menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad
  meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan
  besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon
  PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS
  Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu
  calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.  
Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah
  kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12,
  calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan
  menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu
  mereka..?  
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim
  dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan
  konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah.
  Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? 
Dan
  di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?  
DUN Changkat Jering  
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan
  sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.
  Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk
  Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR.
  PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah
  'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi
  boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN
  ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya
  di Parlimen Bagan Serai.  
Untuk rekod, kerusi Changkat Jering
  sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B)
  Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi
  kerusi ini.  
DUN di Kedah  
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes
  sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok
  dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan,
  PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini.
  PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi
  sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan
  satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian
  kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS
  untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya
  seperti 'melukut di tepian gantang'.....  
Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada
  seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik
  dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat
  kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang.
  Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...  
Sepakat membuka mata, mencelik minda..  
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan
  sangat lemah!  
Perebutan
  kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!  
Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak
  diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan
  bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN
  untuk transformasi politik yang berkesan.  
Demi
  agama, bangsa & negara  
BN
  Pilihan Rakyat 1Malaysia 
Oleh:
  hulubalangKANAN  | 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment