Wednesday, March 20, 2013

Anwar Dah Tahu "Ops Sabah Hilang" Gagal, Baru Puji Askar


19 Mac 2013


ops_sabah_hilang
RAMAI orang bertanya dengan penulis kenapa setelah 15 hari Ops Daulat dilancarkan, 10 nyawa gugur (9 syahid), baru sekarang Anwar nak menyatakan puji-pujiannya kepada pasukan keselamatan yang bergadai nyawa di sana?

Sepanjang tempoh sebelum hari ini, tak sekali pun Anwar mengutuk pencerobohan lanun Sulu itu, sekali pun tak ada.

Penulis katakan, walaupun dalam hal seks, Anwar boleh bawa dua peranan (biseksual), tapi dalam soal menghuru harakan negara, Anwar tidak boleh bawa resmi ‘biseksual,’ sebab dalam soal ini, hanya ada satu pilihan antara dua, sokong Kiram atau sokong pasukan keselamatan (kerajaan).

Kalau sokong Kiram, bermaksud ada harapan darurat diisytiharkan di Sabah dan 25 kerusi parlimen tidak dipertandingkan, mencerahkan sedikit harapan Anwar untuk jadi Perdana Menteri.

Sebaliknya kalau sokong pasukan keselamatan, darurat tidak akan diisytiharkan di Sabah, duit yang dibayar kepada Misuari untuk membiayai operasi tentera Kiram hangus begitu sahajadan paling penting, harapan nak jadi Perdana Menteri, hancur macam kaca berderai.

Benar, Anwar beberapa minggu dulu ada sekali keluar sebaris ayat minta rakyat sokong pasukan keselamatan, tapi kenyataan itu bukan dibuat atas niat yang ikhlas.  Buktinya, dalam masa sama juga macai-macainya macam Tian Chua dan bekas-bekas jeneral yang baru menyertai PKR, terus menerus memperlekehkan usaha pasukan keselamatan dalam operasi tersebut.

Lagipun kalau puji pasukan keselamatan, itu sama macam puji kerajaan juga, mana boleh!!

Jadi Anwar ambil pendirian tunggu dan lihat, dan setelah semakin hari semakin jelas bahawa pasukan keselamatan yang menang, Anwar baru nak tukar pendirian dengan mengiktiraf kejayaan pasukan keselamatan – tapi dia masih tak kutuk pencerobohan Kiram.

Hakikatnya, Anwar sudah tersalah percaturan, akibat terlalu percaya Misuari dan memandang rendah keupayaan pasukan keselamatan.  

Memang ada maklumat menunjukkan Anwar taja senjata lanun Kiram (melalui Misuari).  Logiknya, mana Kiram ada duit untuk beli senjata canggih-canggih, sewa bot, duit belanja dan sebagainya, bila dia sendiri pun guna bantuan kerajaan Filipina untuk bayar kos cuci buah pinggang?

Rakyat sudah tahu bahawa rancangan Anwar sebenarnya ialah mencetuskan huru hara selepas parlimen dibubarkan, tapi kerana kecekapan perisikan kita, kehadiran lanun bersenjata yang dibiayai Anwar ini, diketahui tidak lama setelah mereka mendarat dan menyusup masuk ke Kg Tandao.

Hilang ISA, kini SOSMA menunggu Anwar sebab bersubahat dengan lanun Kiram untuk menimbulkan kekacauan.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment