Tuesday, March 12, 2013

Siapa Kata PM Naik Gaji Gomen Sebab Nak Undi?


12 Mac 2013


pm_naik_gaji_gomen
NADA gelabah pembangkang setelah Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji, gred dan insentif kakitangan awam semalam, begitu jelas kelihatan.  Sebaik pengumuman itu dibuat, Rafizi dalam nada tergesa-gesa mengumumkan bahawa Pakatan haram itu juga ada tawaran yang menarik untuk kakitangan awam.

Budak ini agaknya lupa bahawa Manifesto Pakatan sudah keluar dan di dalam itu tidak langsung disebut apa-apa ‘tawaran’ yang lebih baik dari 9 perkara yang diumumkan untuk kakitangan awam semalam.  Jadi kalau pembangkang nak umum ‘tawaran’ yang lebih baik untuk kakitangan awam,dimana rakyat nak rujuk ‘tawaran’ tersebut?

Manifesto nombor 2 ke?

Nampak sangat bangangnya Rafizi, tak habis-habis nak kelentong.  Sebelum ini macam itu juga, bila PM umum projek keretapi laju Malaysia-Singapura, besok juga Rafizi kata Pakatan akan buat sistem lebih kurang sama, tapi antara bandar.  Tak mengapalah sebab masa itu Manifesto  pembangkang belum keluar.

Mungkin betul, mungkin tidak benda itu sudah ada dalam perancangan, walaupun kita yakin Rafizi cuma ubah suai apa yang Perdana Menteri umumkan saja.

Tapi sekarang, bila Manifesto dah keluar pun Rafizi umum ada ‘tawaran’ lain setelah pengumuman Perdana Menteri, nampak sangat ada yang tak kena dalam hal ini.  Jelas sangat disitu, semua ‘tawaran’ Pakatan adalah bersifat ad-hoc, BN buat, dia nak buat juga, tapi masih lagi dia punya kekal tawaran , sementara apa yang disebut PM, akan berjalan.

Nak jadi kerajaan apa macam ini, Manifesto pada rakyat boleh ubah-ubah pulak. Terang punya kelentong.
Rafizi patut selesai dan jawab banyak benda yang missing dalam manifesto ‘mee segera’nya.  Antaranya, royalti tarak, Lynas kata nak hapus tapi Anwar baru ni kata, akan teruskan Lynas kalau pakar kata okdan sebagainya.  Semua ini perlu jelas dulu, baru kita boleh gebang.

Ini tidak, yang lama tak selesai, dah keluar tawaran-tawaran ad-hoc baru?  Bodoh ke bangang Rafizi ni penulis serahkan pada tuan-tuanlah untuk AFUNDInya.

Sementara Rafizi dengan bodohnya, media pro Pakatan yang agak realistik sikit memilih untuk memandang rendah pengumuman tersebut.  Kononnya walaupun gaji kakitangan kerajaan dinaikkan, mereka tetap tidak akan undi BN.

Eh, bila pulak PM naikkan gaji sebab nak undi dari kakitangan awam?  Macam mana nak pastikan undi sebab undi kan rahsia?  Lagipun, bukankah Pakatan kata BN ada banyak pengundi hantu yang boleh dimanipulasi untuk menangkan BN, susah payah nak naikkan gaji kakitangan awam buat apa? (Baca dalam nada sinikal).

Nampak tak percanggahan pembangkang ni?  Agaknyalah, berapa lidah dia ada?  Satu lidah kata BN pasti menang sebab manipulasi sistem pilihanraya (pengundi hantu, SPR agen BN, bla bla) – maka itu Anwar wujudkan Bersih.

Satu lidah lagi kata semua janji ditepati BN (termasuk naikkan gaji kakitangan awami) adalah satu rasuah politik sebab nak raih undi dari mereka (macamlah ‘tawaran’ dalam Manifesto dia tu bukan rasuah politik/nak undi).

Mana satu betul?  Kalau BN akan menang sebab manipulasi undi, dah tu buat apa buat apa naikkan gaji kakitangan awam sebab nak raih undi pulak?  Biar sajalah gaji kakitangan awam di tahap sekarang sebab BN akan menang juga tak kira apa!!

Kesimpulan, pembangkang ini bukan tahu apa, depa bodoh.  Sebab itu banyak percakapan dan tindakan puak-puak ini berlaga antara satu sama lain.  Pendek kata, kalau pendapat no 1 betul seperti di dakwa, kenapa pulak nak ada pendapat no 2 yang bercanggah pendapat no 1?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment