Wednesday, March 06, 2013

Guan Eng Mansuh Tol Sedia Ada, Kenakan Tol Baru 30 Tahun


5 Mac 2013


lidah
SUDAH beberapa hari sejak krisis lanun Sulu ini tercetus, penulis terlalu memberi tumpuan kepada isu tersebut, sehingga tertinggal beberapa isu tidak kurang penting yang sedang berlaku dalam negara untuk diketengahkan.

Mungkin ramai tidak sedar bahawa, ada perkembangan menarik berlaku di Pulau Pinang (kebelakangan ini lebih banyak disebut Penang) sekarang.  Isunya, dihujung-hujung mandat ini DAP cuba mencipta ilusi baru apabila menawarkan projek infrastruktur mega bernilai RM 6.3 billion untuk negeri tersebut.

Selama 5 tahun memerintah, hampir tidak ada janji manifesto 2008 yang dilaksanakan(antaranya penghapusan Tol Sungai Nyiur), sekarang bila mandat nak habis, Guan Eng dengan muka buaya buat janji baru pula kepada rakyat Pulau Pinang.

Projek itu antara lain melibatkan pembinaan terowong bawah air dan 3 lebuhraya baru di Pulau Pinang.
Pemuda BN Pulau Pinang baru-baru ini mempersoalkan kewajaran Guan Eng menyerahkan projek dengan nilai sebesar ini kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan nilai RM 2 dan modal berbayar RM 100,000 (tapi nak jalan projek bilion-bilion).

Walaupun penulis faham syarikat itu adalah SPV (Special Purpose Vehicle), syarikat sementara yang biasa dalam projek usahasama, tapi ia pelik di Pulau Pinang kerana ada peraturan oleh kerajaan negeri yang hanya membenarkan syarikat dengan modal berbayar sekurang-kurangnya 3% dari nilai projek, dianugerahkan projek kerajaan negeri.

Itu pertikaian pemuda BN, penulis hari ini lebih berminat membincangkan tentang 3 lebuhraya baru ini berikutan banyak percanggahan dengan polisi DAP dan Pakatan Rakyat dalam membuat janji kepada rakyat.

Menarik tentang 3 lebuhraya baru ini, Guan Eng mahu mengenakan tol kepada penggunanya dengan tempoh konsesi selama 3o tahun!!  Ironinya, dalam masa sama Guan Eng dan Pakatan haram yang disertainya turut menjanjikan penghapusan tol sedia ada, termasuk tol di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan kedua yang sedang dibina sekarang!

Ini apa cerita?  Di sebelah sini dia janji untuk hapuskan tol, di sebelah sana, dia sendiri jamin kepada syarikat konsesi untuk memberi kebenaran mengutip tol selama 30 tahun?

Belum pun memerintah negara sudah mahu kelentong rakyat.  DAP dan Anwar hanya buat janji yang dia tahu boleh membangkitkan kebencian rakyat kepada BN dan UMNO, tapi diam-diam, dia juga mahu laksana projek yang terkandung di dalamnya konsesi untuk mengutip tol.

Guan Eng juga mungkin terlupa, agak-agak adakah rakyat Pulau Pinang yang mahu menggunakan 3 lebuhraya baru ini?  Sebab kerajaan pusat sudah/sedang bina 2 jambatan di Pulau Pinang yang Guan Eng janji untuk hapuskan kutipan tol di kedua-dua jambatan tersebut nanti.

Penulis lihat, ada harapan 3 lebuhraya baru yang dibayangkan Guan Eng ini lengang dan tidak digunakan orang.  Sebab disini (3 lebuhraya baru) ada tol, di dua jambatan yang lain tidak ada tol.  Logiknya, siapa nak guna lebuhraya yang ada tol?

Tak tahulah macam mana syarikat kroni Guan Eng tersebut nak menguruskan projek sebesar ini dengan mengetahui ia tidak akan mendatang keuntungan kepada mereka.

Itu satu hal, satu hal yang lain, boleh pulak Guan Eng janji nak laksana projek yang ada kutipan tol?  Apa alasan di sebalik pembinaan tersebut dan kenapa dia boleh buat (kutip tol), BN tak boleh?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment