Monday, March 25, 2013

Terowong RM 8 Bilion Untuk DAP Sahaja, Bukan PAS atau PKR?


25 Mac 2013


guan-eng
Mungkin terlalu terdesak untuk mempertahankan kerajaan DAP di Pulau Pinang, Ketua Menterinya merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan cadangan pembinaan sebuah terowong dasar laut di negeri itu.

Kononnya dia nak bina terowong itu bagi menghubungkan Bagan Ajam dengan Gurney Drive di pulau tersebut. Dianggarkan bahawa Guan Eng dijangka menghabiskan sebanyak RM8 bilion wang rakyat Pulau Pinang bagi tujuan tersebut.

Di sebalik kisah pembinaan terowong itu, desas-desus di kalangan para penyokong PAS dan PKR mula kedengaran. Mereka membantah keras pembinaan terowong itu khabarnya. Tapi bantahan mereka bukan kerana pembaziran wang rakyat…

Bantahan dari penyokong PAS dan PKR itu dikatakan berpunca dari tindakan Guan Eng yang tidak membahagi-bahagikan “kek” projek berkenaan sesama PAS dan PKR. Dalam ertikata lain, PAS dan PKR tidak termasuk di dalam projek “rompak wang rakyat” itu.

Guan Eng makan seorang saja? Khabarnya tidak begitu…

Ketua Menteri itu dikatakan telah mengagih-agihkan projek RM8 bilion wang rakyat itu kepada kroni-kroninya di dalam DAP. Ia dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan “Dinasti Lim” di dalam DAP pada masa akan datang.

Paling menarik, Guan Eng juga dikatakan berangan-angan untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 ini. Tentang Anwar Ibrahim, Guan Eng yakin Karpal mampu membuat “peliwat tegar” itu bisu selamanya…

Di dada-dada akhbar sebelum ini kerap disiarkan tentang kemarahan rakyat terhadap cadangan Guan Eng itu. Di Pulau Mutiara itu, rakyatnya bangkit dan semakin sedar tentang muslihat pemimpin DAP yang seolah-olah mahu terus memperbodohkan mereka.

Terbaru, rakyat Pulau Pinang menyerbu KOMTAR di tengah bandaraya Georgetown. Motifnya ialah untuk membantah tindakan Guan Eng yang mempergunakan tanah seluas kira-kira 44.51 di Tanjung Pinang untuk digunatebus oleh kontraktor-kontraktor kroninya.

Apa muslihat Guan Eng melalui projek berkenaan? Apa perlunya sebuah projek mega semewah RM8 bilion di saat-saat akhir ini? Penggal penjajahan Cina “chauvinis ultra kiasu” itu bakal berakhir kurang sebulan lagi, sempatkah dia nak bina terowong tersebut?

Lagipun, Jambatan Pulau Pinang Ke-2 sedang dalam pembinaan. Apa perlunya sebuah terowong yang mahal harganya buat masa sekarang? Sengaja nak buang duit rakyat dan mengkayakan kroninya?

Kalaulah DAP dan Pakatan Haram kalah teruk pada PRU ke-13 ini dan projek tersebut telah ditandatangani sebelum PRU, Guan Eng mahu Kerajaan BN disaman pemaju projek kerana membatalkan projek membazir itu?
Dengan dana sebanyak RM8 bilion itu, adalah lebih baik sekiranya Guan Eng mengumumkan projek pembinaan rumah kos rendah di pulau tersebut. Sekurang-kurangnya, projek itu dibuat demi mendengar suara rintihan rakyat yang kurang berkemampuan, bukan?

Lagi pun sebelum ini rakyat sudah berulang-ulang kali mendesak agar Guan Eng membina rumah yang mampu dimiliki mereka dan bukannya rumah mewah yang mahal dan hanya mampu dibeli oleh kroni-kroni DAP.

Tapi nampaknya Guan Eng sekali lagi menjemput kemarahan rakyat di Pulau Pinang dengan mengkayakan kroni dan sanak keluarganya. Belum pun selesai isu pengunaan kalimah “Allah”, Guan Eng sudah berani cari gaduh lagi?

Saya tak tahu apa yang istimewanya DAP di pandangan PAS dan PKR di Pulau Pinang. Melalui dasar-dasar “Khalifah” mereka itu, PAS dan PKR dilihat seolah-olah “pencacai hina” yang langsung tidak dihargai di mata DAP.

Mana maruah PAS dan PKR di Pulau Pinang? Di kala rakyat marhain yang ditindas Setiausaha DAP di Pulau Mutiara itu, para pemimpin PAS dan PKR menikus takutkan Guan Eng. Mereka-mereka itukah yang dipilih rakyat Pulau Pinang sebagai pemimpin? Astaghfirullahil’azim…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment