Wednesday, March 20, 2013

Guan Eng Sudah "Goyang" Sebeleum PRU-13


20 Mac 2013


konvensyen_Khas_pakatan_rakyat_manifesto_tipu
Oleh Nor Azlina Shaari

Kalau bercakap mengenai lagu ‘Tanya Sama Pokok’, umum akan terus memikirkan lagu yang diubah liriknya khas oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar memberikan mesej mengatakan Sabah yang selama ini dipegang oleh kerajaan Malaysia sudah semakin hilang berikutan dituntut oleh kumpulan yang mengaku mereka keturunan Sulu dari Filipina.

Dunia menjadi kecoh selepas insiden Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diserang dan berlakunya tembak-menembak hingga mengorbankan anggota keselamatan negara.

Sepanjang insiden tersebut, Anwar hanya duduk ‘goyang kaki’ sahaja tanpa memberikan sebarang bantuan dalam menyelesaikan kejadian pertumpahan darah tersebut.

Pembangkang tetap dengan ciri-ciri kepimpinan mereka, malah tetap dengan cara permainan mereka.

Ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menuduh insiden tersebut hanyalah konspirasi UMNO sahaja untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Selepas itu, Anwar pula mengutuk dan merendah-rendahkan segala usaha yang kerajaan lakukan dalam mencari jalan penyelesaian kejadian pencerobohan tersebut.

Sudah nampak, mereka terlalu suka untuk membiasakan lidah dan mulut mereka untuk berbicara. Mudah untuk menyalahkan semua pihak walhal mereka tidak melakukan sebarang usaha pun.

Dalam gendang permulaan PRU13 tinggal untuk dibunyikan, Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng nampaknya turut menggunakan cara yang sama.

Tidak dapat dinafikan, parti Barisan Nasional (BN) punyai peluang yang cerah untuk menang besar dalam PRU13 dan bakal memimpin kembali negeri tersebut.

Malah, Guan Eng sendiri mengakui partinya, DAP dan parti-parti lain menghadapi laluan yang sukar untuk menang besar.

Tetapi, disebalik kenyataannya itu, Guan Eng memberitahu keadaan sukar yang dihadapinya di negeri Pulau Pinang adalah disebabkan kononnya berlaku salah guna kuasa BN di sana.

Guan Eng turut menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menjalankan tugas dengan baik termasuklah melakukan salah guna kuasa juga.

“Pakatan pembangkang akan bermula dengan `handicap’ dalam PRU13 memandangkan pelbagai cabaran yang dihadapi gabungan tersebut pada waktu ini.

“Kita perlu memenangi lebih banyak undi popular untuk memenangi 50 peratus kerusi. Jika tidak BN akan memenangi pilihan raya ini,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan media, semalam.

Sudah nampak permainan politik dalam diri Guan Eng apabila menyalahkan pihak lain walhal dirinya sendiri tidak melakukan tugas dengan sebaiknya.

Inilah cara yang sama dilakukan oleh Guan Eng dengan pemimpin-pemimpin tertinggi parti pembangkang yang lain.

Menuduh, menuduh dan akan tetap menuduh.

Seperti biasa, sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak berjalan mengikut rancangan asal parti pembangkang, ayat biasa yang selaku didengar adalah, “Ini semua kerja UMNO, ini semua salah UMNO!”
Itulah hasil didikan Anwar kepada orang suruhannya.

Nampaknya, lagu ‘Tanya Sama Pokok’ tidak lagi sesuai untuk Anwar berikan kepada Najib memandangkan usaha Najib dalam mentadbir negara tidak pernah berkurang hatta sedikit pun.

Belum pun parlimen dibubarkan, Guan Eng sudah pun ‘goyang’ kerana takut kehilangan kuasa di negeri Pulau Pinang.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment