Friday, March 08, 2013

Anwar Beli Azlan: Yang Kena Liwat Anak, Bukan Bapak


7 Mac 2013

PENYOKONG pembangkang bukan main seronok bila bapak Saiful Bukhari, Azlan Lazim hari ini mengadakan sidang media mendakwa kes liwat membabitkan anaknya dan Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi.

Sehingga mereka terlupa, yang kena liwat bukan bapaknya, tapi anaknya. Kita cakap macam tu sajalah senang. Lagipun, bukan kita tak tahu bapak Saiful dah dibeli Anwar, biasalah Anwar, bekas pendakwaraya kes dia tu pun dia boleh beli, apa sangat bapak si Saiful ni.
Benda ni pun (kejadian liwat) bukan UMNO yang bangkit, tapi lanjutan dari laporan polis anak dia juga. So, dia nak kata konspirasi atau apa, dia kena buktikanlah dimana?
Seperti biasa, yang ada hanya kenyataan media yang dibacakan Azlan, kita percaya disediakan juga oleh peguam Anwar untuk memenuhkan aspirasi politiknya.
Dari cara ia disebut, konspirasi pun kita dah tahu Anwar menjadi dalang dibelakang.  Dari kes liwat 1 sampai yang ke 2 inipun, takdak satu bukti mahupun saksi yang mengatakan ini adalah konspirasi.
Penulis dah sebutkan satu ketika dahulu, macam mana besar konspirasi sekalipun, tidak ada satu jenis konspirasi yang mampu meletakkan DNA dari air mani Anwar ke dalam dubor Saiful.  Melainkanlah Azlan main peranan, ambik air mani Anwar, calit masuk dalam dubor anak dia.
Sebaliknya, sidang media Azlan sebentar tadi itulah konspirasi sebenar. Banyak persoalan yang Azlan perlu jawab, kenapa sekarang, selepas 5 tahun baru nak kata ini konspirasi.  Apa yang mengubah keadaan tersebut?  Ini anak engkau kita cerita ni, bukan anak orang lain.
Seperti dinyatakan di atas, tidak ada penjelasan lain kenapa Azlan berubah fikiran sekarang, melainkan sebab dia dibayar Anwar.  Kalau tidak, dia tidak akan tunggu sehingga hampir 5 tahun baru nak berubah fikiran.  Begitu juga Azlan berada di sebelah Saiful semasa sumpah laknat dibuat, kalau dia tau konspirasi, maknanya dia juga akan dilaknat kerana bersubahat dengan anaknya.
Cakap tentang semua ini pun sudah nampak ada yang tidak kena.
Anwar tengah terdesak sekarang ni.  Macam-macam yang menunggu dan satu persatu tembelangnya pecah.  Nak menutup semua tu, dia guna fund pilihanraya yang dah masuk tu untuk cipta macam-macam konspirasi terhadap kerajaan dan UMNO.  Peliknya tu, dia sendiri terlibat konspirasi, lepas tu dia pulak kata orang lain guna anak dia untuk berkonspirasi.
Politik Anwar tahu sajalah.  Bala, Deepak dan sekarang Azlan pulak, semua ini bukti konspirasi Anwar untuk jatuhkan Perdana Menteri, mana ada cerita lain.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment