Wednesday, March 13, 2013

Mesyuarat Agong KEMAS Pancor 2013

12 Mac 2013, Seremban : Satu Program Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Pancor. Mesyuarat Agong ini merupakan yang pertama diadakan di dalam kawasan DUN Lenggeng. Yang Berhormat Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng telah turut sama hadir bagi merasmikan program Mesyuarat Agong ini.


Turut hadir sama di dalam program ini Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengerusi Gabungan Aktiviti Kemas Rumah Rakyat Pancor), En Faiz Abd Rahim (Pemangku Penyelia Kanan Kemas Parlimen Seremban), Ustazah Hjh Hamidah bt Puteh (Penyelia Kanan Kemas Bina Insan, Parlimen Seremban), Tn Abd Manaf Ujang (Pengerusi JKKK Kg Pancor), Tn Hj Hasan Sulan (Ketua UMNO Cawangan Pancor) dan sekelian Jawatankuasa Gabungan Aktiviti Kemas Pancor.

Menerusi Mesyuarat Agong ini, Sdr Syamsul Amri Ismail, sekali lagi diberi peluang menerajui kepimpinan Gabungan Aktiviti Kemas Rumah Rakyat Pancor ini dengan sebahagian besar Ahli Jawatankuasanya dikekalkan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program Mesyuarat Agong Kemas 2013 ini dilangsungkan.




Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment