Tuesday, June 23, 2015
DAP Nak Racun 100,000 Rakyat di Batu Kawan?
Sebelum ini di Kuantan, riuh rendah para penyokong Pakatan Rakyat
berhimpun, melakukan provokasi dan menyalahkan pihak kerajaan kerana
meluluskan pembinaan kilang Lynas di sana. Boleh dikatakan hampir setiap
hari mereka tunjuk perangai melakukan kekecohan.
Apa yang tidak dihamun mereka terhadap kerajaan ketika itu? Semua
perkataan kesat dan carut dihamburkan. Dan kemuncaknya, mereka melakukan
himpunan haram bertemakan "hijau", berpesta mencaci nista kerajaan
gara-gara Lynas.
Padahal sebelum Lynas beroperasi, kajian menyeluruh telah dijalankan di
mana semua pihak dan agensi sama ada agensi kerajaan atau swasta,
pemantau bebas dari dalam atau luar negara termasuk EIA, semuanya
melaporkan bahawa kilang Lynas itu selamat untuk beroperasi di sana.
Cuma para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat saja yang "pekak"kan
telinga, "buta"kan mata dan "hitam"kan hati mereka. Dan kini, Lynas
sudah bertahun beroperasi, agaknya berapa ramai yang sudah mati
disebabkan toksik dari kilang tersebut? Langsung tiada!
Dan kini, gara-gara "gila"kan pelaburan dan wang masuk ke kantung
Kerajaan DAP Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng begitu selamba
memperjudikan nasib lebih 100,000 penduduk Batu Kawan dengan projek
panel solar yang belum terbukti selamat dari sisa toksik yang
membahayakan kesihatan.
Dilaporkan bahawa sebuah kilang menghasilkan panel solar, Jinko Solar,
yang difahamkan belum mendapat kelulusan pihak berwajib, sedang dalam
pembinaan di Batu Kawan, Pulau Pinang, di mana ia telah mencetus
kebimbangan orang ramai di sana.
Sebenarnya,penulis bukanlah "anti-establishment" atau menolak sebarang
usaha pelaburan, mahupun membina kilang panel solar di bumi Malaysia.
Namun yang paling utama yang perlu dipastikan ialah ia tidak
membahayakan kesihatan rakyat dan melepasi ciri keselamatan umum.
Sebagaimana maklum, untuk menjalankan pembuatan panel solar, habuk
silika yang terhasil dari pembuatan panel tersebut sangat merbahaya di
mana ia mampu menyebabkan sindrom silicosis yang merosakkan paru-paru
secara kronik.
Malah dilaporkan bahawa asap toksik yang dikeluarkan oleh pembakaran
modul solar juga mampu menjejaskan kesihatan walaupun hanya melibatkan
sedikit kebocoran sahaja.
Namun apa yang penulis pasti, menghasilkan panel solar boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar yang serius dan seterusnya mengancam kehidupan
rakyat yang tinggal di sekelilingnya jika pembuangan sisa toksik kilang
berkenaan gagal dikendalikan dengan baik, mengikut standard yang
ditetapkan pihak berwajib.
Soalnya, mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memastikan kilang
tersebut selamat untuk beroperasi di Batu Kawan? Sekiranya ia selamat
beroperasi, apakah buktinya? Apakah Kerajaan Guan Eng itu sanggup
menjamin kesihatan rakyat di situ tidak akan terjejas?
Apakah kilang tersebut telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam
Sekitar? Bagaimana pula dengan laporan dari EIA? Apakah projek berkenaan
telah mendapat kelulusan dari pemantau kepentingan alam sekitar
tersebut? Apakah Jinko Solar memenuhi standard piawaian yang ditetapkan?
Penulis harap, janganlah gara-gara pelaburan bernilai RM2.2 bilion dari
Bosch Group, sebuah syarikat yang berpengkalan di Jerman itu maka Guan
Eng "kelam mata" sanggup mengenepi masa depan dan kesihatan rakyat Pulau
Pinang di Batu Kawan.
Guan Eng perlu tahu bahawa rakyat negeri itulah yang memberikan undi
pada DAP dan PKR untuk dia terus menjadi "khalifah" di Pulau Pinang.
Seperkara lagi, sebagai "khalifah" dan "pewaris maharaja Dinasti Lim",
Guan Eng tidak wajar bersikap "double standard" dalam hal ini dengan
membuat keputusan berpilih, membantah Lynas dan menyokong Jinko Solar,
kan? Matanglah sedikit dalam berpolitik dan mentadbir...
Justeru itu, penulis berharap agar rakyat Pulau Pinang khususnya di Batu
Kawan supaya konsisten menyuarakan desakan supaya Guan Eng membina
kilang tersebut menepati standard yang ditetapkan pihak berkuasa di
negara kita.
Ketua Menteri DAP itu juga perlu menjamin bahawa kilang tersebut tidak
sesekali akan menjejaskan kesihatan rakyat di kawasan terbabit sama ada
dari sudut jangka pendek atau jangka panjang. Jika tidak, bersedialah
untuk ditolak pada PRU ke-14 nanti...
Dipetik daripada sumber : Amir Hamzah/Utaranews.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment