Tuesday, June 23, 2015

Terowong Didahulukan, Rakyat Pulau Pinang "Mampoih Pi La"


Agak menarik untuk diulas mengenai projek mega Projek Terowong Pulau Pinang. impian Ketua Menteri Negeri DAP, Lim Guan Eng yang dilaporkan penuh dengan pelbagai kontroversi yang sangat meragukan serta terpalit dengan skandal-skandal yang disifatkan "gagal dijawab".

Malah berdasarkan fakta-fakta terkumpul, projek yang diluluskan Guan Eng pada sekitar Oktober 2013 itu mungkin layak dinobat sebagai skandal terbesar yang berlaku di negara kita. Cuma mungkin "sengaja didiamkan", tidak digembar-gemburkan selama ini.

Projek berkenaan dilaporkan bernilai RM6.3 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Malah gara-gara projek mega impian Guan Eng itu, selamba saja dia mengaku pihaknya tidak dapat membantu rakyat di negeri itu dalam menangani masalah pengangkutan dan kesihatan dengan alasan Kerajaan Negeri akan "muflis" jika menolong rakyat. Tapi buat projek mega tidak jadi muflis pula, kan?

Menariknya, kaedah pembiayaan projek mega Guan Eng tersebut begitu mengejutkan ramai pihak, khususnya rakyat di Pulau Mutiara itu.

Difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek itu. Konsortium itu pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk siap itu merangkumi 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut). Itu fakta projek.

"Menarik"nya, rakyat Pulau Pinang dan para pengguna bakal dibebankan dengan kutipan tol selama 30 tahun. Amat menghairankan bila DAP yang selama ini mahu tol dimansuhkan "demi rakyat", tiba-tiba memilih untuk membebankan rakyat dengan kaedah yang mereka bantah itu, bukan? Cakap tak serupa bikin?

Lebih menarik lagi, kutipan tol tersebut akan masuk ke kantung syarikat swasta yang boleh dikategorikan sebagai "meragukan"! Consortium Zenith BUCG dilapor telah didaftarkan pada tarikh Julai 2012. Sedangkan tarikh tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong ini ialah pada Jun 2012.

Soalnya, bagaimanakah Guan Eng boleh memberikan tender projek tersebut kepada Consortium Zenith BUCG pada Jun 2012, sedangkan syarikat berkenaan masih lagi belum berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

Meragukan atau tidak? Belum berdaftar tapi sudah diberikan projek mega oleh Guan Eng? Tender terbuka? Di mana yang "terbuka"nya kalau syarikat swasta yang tidak tahu asal usul pun tiba-tiba dianugerah projek mega, kan?

Apa yang membuat penulis teruja lagi ialah berkenaan tindakan Guan Eng memberikan 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta yang dikatakan bagi mengkaji sama ada projek mega itu boleh dilaksanakan atau tidak!

Bulan lepas, Exco lantikan Guan Eng, Lim Hock Seng mengakui fakta berkenaan dan menjelaskan bahawa Lot 702, Seksyen 1, Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut yang bernilai RM135,086,094 telah diberikan kepada syarikat swasta terbabit bagi kerja-kerja kajian itu. Manakala bakinya masih lagi belum diberikan sepenuhnya.

RM305 juta untuk kos kajian? Maksudnya kajian sama ada projek berkenaan boleh dibuat atau tidak, masih lagi belum dibuat? Projek dan tender sudah diberikan, tanah Pulau Pinang bukan "digadai" malah diberikan secara "percuma" kepada syarikat swasta. Sama ada boleh dijalankan atau tidak, tanah tersebut "hangus"! Pelik benar tindakan Kerajaan DAP yang "telus" itu, bukan?

Tahukah berapa jumlah anggaran harga 110 ekar tanah yang diberikan kepada syarikat Consortium Zenith BUCG pada tahun 2025 sewaktu terowong itu siap? Harganya mencecah RM19.77 bilion pada anggaran 10 peratus!

Sudahlah duit tol masuk ke kantung syarikat swasta yang meragukan, malah syarikat itu "percuma" memiliki hartanah hampir RM20 bilion yang sepatutnya milik rakyat negeri itu! Sangat "mengerikan" pada pandangan penulis.

Setahu penulis, NGO "otai Pulau Pinang" seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), serta pihak media telah muktamad membantah, menolak dan menyiarkan kepincangan projek mega Kerajaan DAP itu, tapi Guan Eng dilaporkan enggan mengendahkan bantahan tersebut.

Padahal, dialah yang sering melaungkan kononnya DAP mendengar suara rakyat, prihatin, telus, berintegriti dan berakauntibiliti. Ingat lagi CAT? Nampaknya CAT sudah hilang ke mana dan digantikan dengan DOG atau abangnya, PIG. Kasihan penulis melihat nasib rakyat Pulau Pinang. Itu pun masih lagi mahu ber"khalifah"kan Guan Eng? 

Dipetik daripada sumber : Amir Hamzah/Utaranews.com

No comments:

Post a Comment