Agak menarik untuk diulas mengenai projek mega Projek Terowong Pulau
Pinang. impian Ketua Menteri Negeri DAP, Lim Guan Eng yang dilaporkan
penuh dengan pelbagai kontroversi yang sangat meragukan serta terpalit
dengan skandal-skandal yang disifatkan "gagal dijawab".
Malah berdasarkan fakta-fakta terkumpul, projek yang diluluskan Guan Eng
pada sekitar Oktober 2013 itu mungkin layak dinobat sebagai skandal
terbesar yang berlaku di negara kita. Cuma mungkin "sengaja didiamkan",
tidak digembar-gemburkan selama ini.
Projek berkenaan dilaporkan bernilai RM6.3 bilion yang dibiayai
sepenuhnya oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Malah gara-gara projek mega
impian Guan Eng itu, selamba saja dia mengaku pihaknya tidak dapat
membantu rakyat di negeri itu dalam menangani masalah pengangkutan dan
kesihatan dengan alasan Kerajaan Negeri akan "muflis" jika menolong
rakyat. Tapi buat projek mega tidak jadi muflis pula, kan?
Menariknya, kaedah pembiayaan projek mega Guan Eng tersebut begitu
mengejutkan ramai pihak, khususnya rakyat di Pulau Mutiara itu.
Difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini telah
melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek itu.
Konsortium itu pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith
Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC),
bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan
Juteras Sdn. Bhd.
Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk siap itu merangkumi
4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu,
jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan
Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan
Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari
Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut). Itu fakta
projek.
"Menarik"nya, rakyat Pulau Pinang dan para pengguna bakal dibebankan
dengan kutipan tol selama 30 tahun. Amat menghairankan bila DAP yang
selama ini mahu tol dimansuhkan "demi rakyat", tiba-tiba memilih untuk
membebankan rakyat dengan kaedah yang mereka bantah itu, bukan? Cakap
tak serupa bikin?
Lebih menarik lagi, kutipan tol tersebut akan masuk ke kantung syarikat
swasta yang boleh dikategorikan sebagai "meragukan"! Consortium Zenith
BUCG dilapor telah didaftarkan pada tarikh Julai 2012. Sedangkan tarikh
tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong
ini ialah pada Jun 2012.
Soalnya, bagaimanakah Guan Eng boleh memberikan tender projek tersebut
kepada Consortium Zenith BUCG pada Jun 2012, sedangkan syarikat
berkenaan masih lagi belum berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)?
Meragukan atau tidak? Belum berdaftar tapi sudah diberikan projek mega
oleh Guan Eng? Tender terbuka? Di mana yang "terbuka"nya kalau syarikat
swasta yang tidak tahu asal usul pun tiba-tiba dianugerah projek mega,
kan?
Apa yang membuat penulis teruja lagi ialah berkenaan tindakan Guan Eng
memberikan 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai
RM305 juta yang dikatakan bagi mengkaji sama ada projek mega itu boleh
dilaksanakan atau tidak!
Bulan lepas, Exco lantikan Guan Eng, Lim Hock Seng mengakui fakta
berkenaan dan menjelaskan bahawa Lot 702, Seksyen 1, Bandar Tanjung
Pinang, Daerah Timur Laut yang bernilai RM135,086,094 telah diberikan
kepada syarikat swasta terbabit bagi kerja-kerja kajian itu. Manakala
bakinya masih lagi belum diberikan sepenuhnya.
RM305 juta untuk kos kajian? Maksudnya kajian sama ada projek berkenaan
boleh dibuat atau tidak, masih lagi belum dibuat? Projek dan tender
sudah diberikan, tanah Pulau Pinang bukan "digadai" malah diberikan
secara "percuma" kepada syarikat swasta. Sama ada boleh dijalankan atau
tidak, tanah tersebut "hangus"! Pelik benar tindakan Kerajaan DAP yang
"telus" itu, bukan?
Tahukah berapa jumlah anggaran harga 110 ekar tanah yang diberikan
kepada syarikat Consortium Zenith BUCG pada tahun 2025 sewaktu terowong
itu siap? Harganya mencecah RM19.77 bilion pada anggaran 10 peratus!
Sudahlah duit tol masuk ke kantung syarikat swasta yang meragukan, malah
syarikat itu "percuma" memiliki hartanah hampir RM20 bilion yang
sepatutnya milik rakyat negeri itu! Sangat "mengerikan" pada pandangan
penulis.
Setahu penulis, NGO "otai Pulau Pinang" seperti Persatuan Pengguna Pulau
Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), serta pihak media telah
muktamad membantah, menolak dan menyiarkan kepincangan projek mega
Kerajaan DAP itu, tapi Guan Eng dilaporkan enggan mengendahkan bantahan
tersebut.
Padahal, dialah yang sering melaungkan kononnya DAP mendengar suara
rakyat, prihatin, telus, berintegriti dan berakauntibiliti. Ingat lagi
CAT? Nampaknya CAT sudah hilang ke mana dan digantikan dengan DOG atau
abangnya, PIG. Kasihan penulis melihat nasib rakyat Pulau Pinang. Itu
pun masih lagi mahu ber"khalifah"kan Guan Eng?
Dipetik daripada sumber : Amir Hamzah/Utaranews.com

No comments:
Post a Comment