Tuesday, June 23, 2015

DAP Nak Racun 100,000 Rakyat di Batu Kawan?


Sebelum ini di Kuantan, riuh rendah para penyokong Pakatan Rakyat berhimpun, melakukan provokasi dan menyalahkan pihak kerajaan kerana meluluskan pembinaan kilang Lynas di sana. Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka tunjuk perangai melakukan kekecohan.

Apa yang tidak dihamun mereka terhadap kerajaan ketika itu? Semua perkataan kesat dan carut dihamburkan. Dan kemuncaknya, mereka melakukan himpunan haram bertemakan "hijau", berpesta mencaci nista kerajaan gara-gara Lynas.

Padahal sebelum Lynas beroperasi, kajian menyeluruh telah dijalankan di mana semua pihak dan agensi sama ada agensi kerajaan atau swasta, pemantau bebas dari dalam atau luar negara termasuk EIA, semuanya melaporkan bahawa kilang Lynas itu selamat untuk beroperasi di sana.

Cuma para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat saja yang "pekak"kan telinga, "buta"kan mata dan "hitam"kan hati mereka. Dan kini, Lynas sudah bertahun beroperasi, agaknya berapa ramai yang sudah mati disebabkan toksik dari kilang tersebut? Langsung tiada!

Dan kini, gara-gara "gila"kan pelaburan dan wang masuk ke kantung Kerajaan DAP Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng begitu selamba memperjudikan nasib lebih 100,000 penduduk Batu Kawan dengan projek panel solar yang belum terbukti selamat dari sisa toksik yang membahayakan kesihatan.

Dilaporkan bahawa sebuah kilang menghasilkan panel solar, Jinko Solar, yang difahamkan belum mendapat kelulusan pihak berwajib, sedang dalam pembinaan di Batu Kawan, Pulau Pinang, di mana ia telah mencetus kebimbangan orang ramai di sana.

Sebenarnya,penulis bukanlah "anti-establishment" atau menolak sebarang usaha pelaburan, mahupun membina kilang panel solar di bumi Malaysia. Namun yang paling utama yang perlu dipastikan ialah ia tidak membahayakan kesihatan rakyat dan melepasi ciri keselamatan umum.

Sebagaimana maklum, untuk menjalankan pembuatan panel solar, habuk silika yang terhasil dari pembuatan panel tersebut sangat merbahaya di mana ia mampu menyebabkan sindrom silicosis yang merosakkan paru-paru secara kronik.

Malah dilaporkan bahawa asap toksik yang dikeluarkan oleh pembakaran modul solar juga mampu menjejaskan kesihatan walaupun hanya melibatkan sedikit kebocoran sahaja.

Namun apa yang penulis pasti, menghasilkan panel solar boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius dan seterusnya mengancam kehidupan rakyat yang tinggal di sekelilingnya jika pembuangan sisa toksik kilang berkenaan gagal dikendalikan dengan baik, mengikut standard yang ditetapkan pihak berwajib.

Soalnya, mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memastikan kilang tersebut selamat untuk beroperasi di Batu Kawan? Sekiranya ia selamat beroperasi, apakah buktinya? Apakah Kerajaan Guan Eng itu sanggup menjamin kesihatan rakyat di situ tidak akan terjejas?

Apakah kilang tersebut telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar? Bagaimana pula dengan laporan dari EIA? Apakah projek berkenaan telah mendapat kelulusan dari pemantau kepentingan alam sekitar tersebut? Apakah Jinko Solar memenuhi standard piawaian yang ditetapkan?

Penulis harap, janganlah gara-gara pelaburan bernilai RM2.2 bilion dari Bosch Group, sebuah syarikat yang berpengkalan di Jerman itu maka Guan Eng "kelam mata" sanggup mengenepi masa depan dan kesihatan rakyat Pulau Pinang di Batu Kawan.

Guan Eng perlu tahu bahawa rakyat negeri itulah yang memberikan undi pada DAP dan PKR untuk dia terus menjadi "khalifah" di Pulau Pinang.

Seperkara lagi, sebagai "khalifah" dan "pewaris maharaja Dinasti Lim", Guan Eng tidak wajar bersikap "double standard" dalam hal ini dengan membuat keputusan berpilih, membantah Lynas dan menyokong Jinko Solar, kan? Matanglah sedikit dalam berpolitik dan mentadbir...

Justeru itu, penulis berharap agar rakyat Pulau Pinang khususnya di Batu Kawan supaya konsisten menyuarakan desakan supaya Guan Eng membina kilang tersebut menepati standard yang ditetapkan pihak berkuasa di negara kita.

Ketua Menteri DAP itu juga perlu menjamin bahawa kilang tersebut tidak sesekali akan menjejaskan kesihatan rakyat di kawasan terbabit sama ada dari sudut jangka pendek atau jangka panjang. Jika tidak, bersedialah untuk ditolak pada PRU ke-14 nanti...

Dipetik daripada sumber : Amir Hamzah/Utaranews.com

No comments:

Post a Comment