Seperti yang kita maklum, debat di antara Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terpaksa dibatalkan atas arahan Ketua
Polis Negara dan SPRM.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan SPRM terpaksa melarang
debat itu berlangsung seperti yang dirancang ekoran skandal yang
membabitkan Guan Eng itu sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Sekiranya
diteruskan, maka ia akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan
itu.
Sebenarnya, itu adalah sesuatu prosedur biasa yang berlaku apabila suatu
siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa atau membabitkan kes yang
sedang berlangsung di mahkamah. Sebarang kenyataan, hujah atau sesuatu
yang membabitkan kes yang disiasat akan menjejaskan perjalanan siasatan
kes.
Keadaan itu memang normal dan kerana itulah Khalid dan SPRM melarang debat antara Abdul Rahman dan Guan Eng berlangsung.
Sebagai Menteri Kabinet, maka sudah tentulah Abdul Rahman mahu tidak
mahu, terpaksa akur pada arahan Ketua Polis Negara dan SPRM. Beliau
perlu menunjukkan contoh yang baik pada masyarakat Malaysia supaya
belajar menghormati serta akur pada arahan PDRM dan SPRM.
Tapi lain pula halnya dengan DAP. Bila jenis tidak tahu hormat
peraturan, undang-undang dan pihak berkuasa, mereka cukup suka tunjuk
lagak depan rakyat. Lebih menjijikkan lagi, mereka perlekeh pula menteri
yang hormat pada arahan pihak berkuasa.
Loke Siew Fook dan Guan Eng sengaja mendakwa kononnya Abdul Rahman
mempergunakan Ketua Polis Negara dan SPRM untuk mengelak debat. Mereka
kononnya mahu membayangkan Abdul Rahman sebagai pengecut?
Pada pandangan penulis, tidak timbul isu pengecut atau penakut dalam
soal ini. Ia adalah melibatkan autoriti pihak berkuasa yang melarang
sesuatu yang pada mereka menjejaskan siasatan kes jenayah yang
membabitkan isu rasuah.
Apatah lagi kes berkenaan membabitkan seorang pemimpin politik yang
kononnya ‘bersih’ dan selalu menuduh orang lain ‘kotor’, maka sudah
tentulah sebarang kenyataan terutama dari mulut Guan Eng mengenai
skandal Taman Manggis atau Banglo akan mengganggu siasatan.
Bolehkah DAP belajar untuk menghormati undang-undang dan pihak berkuasa
di negara ini? Sampai bila agaknya DAP mahu terus bersikap kurang ajar
dan ingkar pada arahan PDRM dan SPRM? Tidakkah DAP boleh tunjuk contoh
sikap yang baik pada rakyat?
Pada penulis, adalah lebih baik Guan Eng berdebat dengan Pendakwa Raya
di dalam mahkamah nanti sekiranya wujud prima facie untuk mengheret
Setiausaha Agung DAP itu ke muka pengadilan. Debat dalam mahkamah lebih
praktikal untuk DAP yang kaya dengan peguam, bukan?
Lagipun, tidak usahlah Guan Eng mahupun DAP melenting dan melatah cepat
sangat sebab selalunya hanya mereka yang bersalah saja yang bersikap
begitu. Sehingga kini, Guan Eng belum didapati bersalah pun. Jadi, apa
yang perlu dikecohkan?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment