Tuesday, April 19, 2016
Najib: Terima Kasih Alfred Jabu Jadi ‘Sahabat Setia’ BN
BETONG : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Ketua
Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang sudah sembilan penggal
berkhidmat sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menjadi
‘sahabat setia’ kepada Barisan Nasional (BN).
Najib yang juga Pengerusi BN berkata Alfred Jabu yang tidak akan
bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, merupakan seorang
penyokong setia dan banyak berbakti kepada BN.
“Saya datang ke Betong kerana saya menghormati sahabat lama saya
iaitu Alfred Jabu. Walaupun beliau tidak bertanding lagi, saya anggap
budi beliau sangat besar kepada BN.
“Kita mesti mengenang budi dan jasa baik serta pengorbanan beliau
selama ini…terima kasih Alfred Jabu kerana menjadi sahabat yang sangat
setia kepada BN selama bertahun-tahun,” katanya semasa berucap di
hadapan kira-kira 10,000 yang hadir bagi menyaksikan majlis pelancaran
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Betong, Sarawak hari ini.
Beliau berkata pemilihan Gerald Rentap Jabu iaitu anak kepada Alfred
Jabu sebagai calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar pada
pilihan raya negeri ini adalah wajar kerana ia akan dapat menjamin
kesinambungan dalam perkhidmatan cemerlang di kawasan itu.
“Kita memilih anak beliau (Gerald Jabu) sebagai pengganti kerana
saya percaya dengan ini kita dapat menentukan kesinambungan dalam
khidmat bakti keluarga beliau kepada masyarakat tempatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment