Thursday, August 05, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Program Merakyatkan Seni Budaya

Satu program penyelarasan Program "Merakyatkan Seni Budaya" Bersama Masyarakat DUN Lenggeng telah diadakan di Balai Raya Kg Mendum, Lenggeng pada 4 Ogos 2010 jam 9.00 malam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng.
.
Program ini bakal dilangsungkan pada 7 & 8 Ogos 2010 bertempat di SK Klana Petra, Lenggeng. Program ini merupakan program kali pertama seumpamanya dilaksanakan di Lenggeng. Kesemua pemimpin masyarakat terdiri daripada Pengerusi JKKK, Pengerusi KEMAS, dan Ketua UMNO setiap Cawangan di dalam DUN Lenggeng dijemput hadir di dalam mesyuarat penyelarasan ini.
.
Matlamat program ini lebih kepada mengeratkan hubungan pemimpin dengan rakyat dan begitu juga memperkenalkan adat dan budaya kepada seluruh masyarakat.
.
Di antara program yang bakal berlangsung adalah pameran. Pameran daripada pihak Perpustakaan berkaitan Kempen Membaca, Jabatan Penerangan dengan pameran 1Malaysia, Jabatan Kesihatan dengan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan begitu juga pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan pameran berkaitan gejala dadah berbahaya.
.
Program-program akan bermula pada jam 8.00 pagi hingga ke jam 10.00 malam. Terdapat juga program gotong-royong membina wakaf, pertandingan nyanyian lagu tradisional, persembahan kesenian, ceramah agama oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, pertandingan mewarna, senam seni 1Malaysia. Program ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Jeffry Din, A. Halim, Ebby Yus, Sathia, Kumpulan Nasyid Nowseeheart dan juga Elly Noor dan Mastura.
.
Terdapat juga program lain seperti gubahan perkahwinan, demonstrasi makanan tradisional, demonstrasi adat menjemput sumai kematian isteri, manakala pertandingan mewarna dijangka melibatkan pelbagai kategori termasuklah KEMAS yang mana setiap tabika dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 12 peserta.
.
Program ini bakal dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan yang juga merupakan Ahli Parlimen Jelebu.
.
Turut hadir ke mesyuarat ini adalah En Safiei @ safain Mohd Amin (Pengerusi JKKK Kg Panchor), En Abd Manaf Ujang (Setiausaha JKKK Kg Panchor), Sdr. Idris Daud (Bendahari UMNO Cawangan Panchor) dan Sdr. Syamsul Amri Hj Ismail (Ketua Penerangan UMNO Panchor merangkap Pengerusi KEMAS Rumah Rakyat Panchor)
.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
.
Kelihatan YB Tuan Mustafa Salim ketika sedang mempengerusikan mesyuarat
YB Tuan Mustafa Salim memberikan penerangan berupa taklimat ringkar berkaitan program
Di antara kaum-kaum ibu yang berkesempatan hadir
Suasana ketika mesyuarat sedang berlangsung
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment