Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Kemerdekaan Tabika KEMAS Kg Panchor

31 Ogos 2010, Seremban : Sambutan Kemerdekaan di Tabika KEMAS Kg Panchor telah berlangsung dengan meriah sekali meskipun berlangsung pada 21 Ramadhan 1431 Hijrah. Walaupun dalam suasana berpuasa kesemua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan serta komitmen penuh di dalam program ini.
.
Program telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Kemerdekaan, Lagu Keranamu Malaysia dan Lagu 1 Malaysia. Lagu-lagu ini telah disampaikan dengan penuh bertenaga oleh murid-murid Tabika KEMAS Kg Panchor.
.
Seterusnya majlis telah disambung dengan upacara bacaan doa yang telah dikendalikan oleh Tn Hj Hasan bin Sulan, Ketua UMNO Cawangan Panchor. Kemudian Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail selaku Pengerusi KEMAS telah dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
.
Di dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa program seperti ini wajar diteruskan demi memastikan golongan muda akan terus disedarkan betapa pentingnya mengingati detik kemerdekaan. Begitu juga beliau menyatakan betapa sayangnya jika kita tidak menghargai kemerdekaan ini yang mana diam tak diam, negara kita telah 53 tahun mengecapi nikmat kemerdekaan.
.
Sebaik sahaja selesai ucapan beliau, Tn Hj Ali bin Majid, Penyelia Kanan KEMAS Seremban, telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian.
.
Akhirnya, sebaik selesai ucapan perasmian oleh Tn Hj Ali bin Majid majlis diteruskan dengan tayangan video "KEMERDEKAAN NEGARA". Tayangan ini telah disaksikan oleh sekelian yang hadir ke program ini.
.
Majlis ini telah berkahir kira-kira jam 11.30 pagi. Program ini telah turut dihadiri oleh Tn Hj Safiei, Pengerusi JKKK Kg Panchor serta Setiausahanya iaitu En Abd Manaf Ujang.
.
Tahniah dan syabas diucapkan buat sekelian Jawatankuasa KEMAS yang terlibat di dalam penjayaan program ini. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan hingga ke masa akan datang.
.
Suasana ketika ibu bapa dan orang ramai tiba seawal jam 8.00 pagi
Anak-anak sudah siap sedia di dalam barisan
Cikgu Maimunah Ismail memulakan program selaku pengacara program
Dari kiri; Tuan Hj Ali Majid (Penyelia Kanan KEMAS Seremban), Sdr Syamsul (Pengerusi KEMAS Kg Panchor) dan Tn Hj Safiei@ Safain Amin (Pengerusi JKKK Kg Panchor)
Anak-anak ketika menyampaikan beberapa buah lagu bersempena sambutan kemerdekaan
Anak-anak mengibarkan bendera
Suasana ceria menyelubungi anak-anak ketika lagu-lagu dinyanyikan

Ibu bapa memerhatikan gelagat anak-anak mereka
Logo 1Malaysia disarungkan ke kepala setiap anak-anak

Ada yang tersenyum melihat pelbagai telatah anak-anak
Sdr Syamsul menyampaikan ucapan alu-aluan Pelbagai pesanan dan amanat disampaikan
Iltizam dan semangat untuk terus mempelbagaikan aktiviti di sini
En Abdul Manaf (baju gelap) dan Tn Hj Hasan Sulan (bersandar di tiang) tenang dan fokus mendengar ucapan yang disampaikan
Tn Hj Ali Majid menyampaikan ucapan perasmian

Kesemua mendengar setiap pesanan daripada Tn Hj Ali
Suasana ketika menyaksikan tayangan "KEMERDEKAAN NEGARA"
Semua yang hadir menyaksikan tayangan video


Gambar ketika wakil British menyerahkan memorandum berupa perlembagaan negara sebelum kemerdekaan diisytiharkan


Akhirnya anak-anak yang 'tidak berpuasa' ini diberikan jamuan sarapan pagi
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment