Monday, December 28, 2015

Fahami Dasar Politik Sebelum Kecam Khairy, Bidas Pemuda Pulau Pinang Terhadap DAP

NIBONG TEBAL : Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan Pengerusi Biro Ekonomi Dap Perak, Chong Zemin yang menyifatkan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan sekatan Pasukan Luncur Angin Israel dalam Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar Antarabangsa 2015 (ISAF YWC 2015)  di Langkawi sebagai sentimen politik dan peribadi.

Ketuanya Rafizal Rahim menegaskan kenyataan tersebut sangat radikal kerana penarikan diri pasukan itu adalah disebabkan polisi diplomatik antara Malaysia-Israel.
Sekat Luncur Angin Israel 
Jelas beliau lagi dasar politik antarabangsa di antara Malaysia-Israel haruslah difahami terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak membuat sebarang kenyataan.

“Sesungguhnya penarikan diri pasukan Israel tidak langsung disebabkan oleh tindakan atau hasrat Khairy untuk merumitkan proses penyertaan Israel ke kejohanan tersebut.

“Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menasihati Pengerusi Biro Ekonomi Dap Perak untuk tidak mempolitikkan isu ini dan lebih memahami dan patuh kepada Dasar Luar Negara khususnya Malaysia-Israel”, katanya kepada pihak media di sini.

Justeru tambahnya Pemuda UMNO Pulau Pinang mengambil ketetapan teguh menyokong penuh tindakan Kerajaan Malaysia dan Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia berkaitan isu ini.

“Isu ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik murahan Dap kerana ini. Janganlah semua perkara hendak dijadikan bahan mereka menyemai rasa benci di hati rakyat kepada kerajaan,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment