
Monday, December 28, 2015
Jangan Tengok ‘Headline’ Saja, Tapi Baca Isinya – Salleh
KUALA LUMPUR : Tajuk berita atau ‘news headline’ sepatutnya
berpaksi kepada inti pati sesebuah berita, kerana ia merupakan prinsip
etika kewartawanan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata tajuk berita mesti diangkat daripada ‘intro’ atau perenggan
pertama sesebuah berita itu.
“Bagaimanapun, apa yang didapati sekarang, ada ‘news headline’ yang
mengelirukan, tidak sepenuhnya menggambarkan kandungan berita yang
ditulis malah kadangkala lari daripada isinya, laporan atau berita
disensasikan, penulisan dibuat di luar konteks.

“Saya membaca suratkhabar dan melayari portal berita…rutin harian
saya sejak dari dulu dan kini semestinya lagi di kementerian yang
bertanggungjawab penuh ke atas media,” katanya dalam catatan terbaharu
di blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.
Dalam era masa kini, setiap detik banyak maklumat mengalir masuk,
bermacam cerita dari pelbagai sudut penulisan atau ‘angle’ dibuat,
katanya.
Salleh berkata antara media massa dan portal berita, ada perbezaan
dan kelainan pendekatan, bagi menarik perhatian pembaca, dan beliau
perhatikan ada kecenderungan mencari tajuk ‘news headline’ yang sensasi,
kontroversi, spekulasi dan provokasi.
“News headline biasanya ditentukan oleh editor dan bukannya wartawan
atau penulis yang tertera ‘by-line’ pada laporan itu, maka, pemilihan
sesuatu ‘news headline’ itu bergantung kepada justifikasi dan integriti
seseorang editor.
“Setiap editor mempunyai asas, cara dan pendekatan masing-masing,
lazimnya editor memilih sesuatu tajuk yang dapat ‘menjual’ suratkhabar,
justeru, editor akhbar atau pengendali portal berita perlu lebih
berhati-hati kerana mereka bertanggungjawab penuh ke atas apa yang
diterbitkan,” katanya.
Pembaca juga kena lebih berhati-hati, jangan sekadar melihat kepada
tajuk atau ‘news headline’ saja kerana isi cerita kadangkala tidak sama
dengan tajuknya, pembaca juga harus melakukan ‘self censorship’,
katanya
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment