Tuesday, April 19, 2016

Isu Derma RM2.6 Bilion : Pembangkang Malu Alah Tapi Tidak Akan Berhenti Fitnah

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Hj Nawawi Hj Ahmad percaya walau pun kebenaran terbentang di depan mata sekali pun berhubung derma RM2.6 bilion ianya tetap tidak akan memuaskan hati pembangkang dan perkara itu akan terus dimanipulasi serta dijadikan senjata mainan politik khususnya dalam usaha memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru beliau penuh yakin penjelasan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa derma itu datang daripada negaranya sedikit pun tidak akan menurunkan suhu pembangkang untuk memanipulasi perkara berkenaan sebaliknya mungkin akan mencari fitnah-fitnah baru untuk dilemparkan kepada masyarakat umum.
Pengakuan Menteri Luar Arab Saudi 
“Alhamdulillah..akhirnya kebenaran terbentang di depan mata. Namun seperti mana yang diperkatakan tadi, ini sedikit pun tidak akan menginsafkan mereka kerana kepentingan politik adalah segala-galanya.

“Hari ini mereka mungkin malu alah setelah serangan serta tohmahan sebelum ini berhubung perkara terbabit telah dijawab dan diberikan penjelasan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir.

“Percayalah…ia tidak akan terhenti begitu sahaja. Selepas ini mungkin akan timbul pula kenapa begitu dan kenapa jadi begini. Macam-macamlah akan timbul kelak. Ini sememangnya mainan politik pembangkang yang hidup atas fitnah dan manipulasi fakta,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Al-Jubeir ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib memang datang daripada Riyadh.

Nawawi seterusnya percaya pengakuan daripada Al-Jubeir adalah pengakuan yang ikhlas dan tanpa didorong oleh mana-mana pihak dan sudah tentulah pengakuannya membuktikan segala dakwaan pembangkang sebelum ini yang giat memanipulasi isu RM2.6 bilion terjawab.

Katanya seperti mana dalam permainan catur, pengakuan Menteri Luar Arab Saudi terbabit adalah ‘check mate‘ dan perkara itu sudah tidak relevan lagi untuk dijadikan modal politik.

“Tetapi memahami gaya politik pembangkang mereka tidak akan hidup tanpa fitnah dan kita sebenarnya cukup bersedia untuk menghadapi apa jua serangan mereka kerana selagi kita berpegang kepada kebenaran maka apa jua fitnah yang mendatang kita mampu menanganinya.

“Cuma kepada seluruh rakyat jadikan ini sebagai contoh dan janganlah cepat melatah dan janganlah sesekali menerima bulat-bulat apa yang dilontarkan kerana akhirnya tidak lari daripada tujuan dan kepentingan politik semata-mata,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment