May 21, 2012 
Memang sahihlah Presiden PAS, Hadi Awang dah tak relevan untuk menentukan 
halatuju PAS nak ke kiri atau ke kanan mahupun undur ke belakang ataupun maju ke 
depan. Kurang 48 jam Murshitdul Am PAS, Nik Aziz membuka mulut meletakkan syarat 
perundingan terus Hadi Awang goyang tarik handbrake.
Tujuan utama Hadi Awang mahu menyelamatkan air muka PAS dari terus menjadi 
keldai tunggangan pakatan pembangkang disamping untuk menggertak DAP dan PKR 
terus terkubur tanpa batu nisan – Hadi malu sendiri hilang sudah kredibilitinya 
sebagai seorang pemimpin utama PAS.
Hasrat sampingan mahu menjaga kelangsungan hidup PAS melalui kerjasama 
politik dengan UMNO kembali menjadi macam orang berniaga buluh kasap, hujung 
hilang pangkal lesap dek kerana syarat-syarat Nik Aziz.
Apa syarat Nik Aziz? 1. UMNO kena terima Islam dan tukar dasar kebangsaan. 2. 
Terima DAP dan PKR.
“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar 
kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara 
rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam 
secara rasmi.
“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada 
Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) 
bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama 
dengan pakatan,” katanya.
 Nik Aziz kita tahulah sejak dulu hingga kini buka saja mulut kalau tak 
pusing cerita memang tak sah. Bercakap berbelit mengalahkan ular dan cukup 
pantang kalau perjalanan PAS tidak mengikut kepala dia.
Nik Aziz kita tahulah sejak dulu hingga kini buka saja mulut kalau tak 
pusing cerita memang tak sah. Bercakap berbelit mengalahkan ular dan cukup 
pantang kalau perjalanan PAS tidak mengikut kepala dia. 
Cara Nik Aziz bercerita pasal syarat tu macamlah DAP dah tukar dasar 
sosialisnya kepada Islam sebaik saja mengikat perjanjian dengan PAS dalam 
PR.
Sejak dulu hingga kini pula PKR kekal dengan dasar sosialis liberal, tapi tak 
pernah pula menjadi persoalan besar untuk PAS bersekedudukan dengan mereka.
Lagi satu yang beriya-iya mengajak UMNO bermuzakarah ialah Hadi Awang yakni 
Presiden PAS yang secara umumnya adalah kepala PAS walau hakikatnya dari segi 
hierarki sebenar kepimpinan PAS berkedudukan nombor 2 selepas Nik Aziz.
Kalau nak cerita pasal syarat sepatutnya UMNO yang meletakkan syaratnya sebab 
tukang meminang datangnya dari PAS sementara UMNO pula memiliki majoriti kerusi 
parlimen yang berlipat kali ganda berbanding PAS. Itu logik kita yang waras.
Tapi logik Nik Aziz lain, disebabkan dia berasa dirinya dan PAS lebih Islamik 
dan dekat dengan syurga maka memandai pula dia yang hendak mengawal titik temu 
di antara dua puak berlainan walhal sejak dulu hingga kini PAS bersama dengan 
DAP mahupun PKR tidak pernahpun keluar isu syarat itu ini.
Yang kerap terjadinya PAS yang mengekor dari belakang terpaksa melutut pada 
DAP dan PKR yang menuntut PAS setia dan taat buta tuli pada syarat mereka yakni 
patuh pada Buku Jinggay seolah-olah Buku Jinggay itu prioritinya lebih mulia 
berbanding Al-Quran.
Semasa PAS memeterai perjanjian luar tabie dengan DAP yang jelas mendukung 
dasar sekularisme pernah ke ia diambil kira sebagai prioriti sebelum mewujudkan 
pakatan? Tak pernah.
Begitu juga kerjasama PAS dengan PKR, bukannya atas dasar Islam melainkan 
titik temunya hanyalah atas dasar kebencian terhadap UMNO & BN.
Suatu ketika dulu PAS pernah bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 yang 
semangat nasionalismenya ketara sama dengan UMNO.
Pernahkah ia menjadi masalah untuk PAS bergabung tenaga dalam Angkatan 
Perpaduan Ummah (APU)? Tak pernah kerana masing-masing ketika itu titik temunya 
berkongsi musuh bersama yakni UMNO & BN.
Tatkala PAS bekerjasama dengan Parti Negara pada awal kemerdekaan negara 
hingga menguasai Terengganu dulu pernah dasar Islam dijadikan syarat untuk 
menumbang Kerajaan Perikatan (BN) Terengganu? Tentu saja tidak kerana 
perkongsian kuasa sementara selama dua tahun itu bersandarkan niat untuk 
menumbangkan musuh bersama – Perikatan.
Jadi kenapa bila tiapkali PAS menimbulkan isu muzakarah dan bila disambut 
dengan mesra oleh UMNO, tiba-tiba saja masuk Nik Aziz  niat asal muzakarah terus 
saja berubah-ubah dan bersyarat-syarat?
bersambung jam 11.oo pagi nanti…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
 
No comments:
Post a Comment