May 21, 2012 
 
 
SEMUA orang (tidak terkecuali penulis), sering 
tertanya-tanya kalau Pakatan haram ini menang nanti, bagaimanalah agaknya bentuk 
kabinet bayangan itu besok.  Sama ada kabinet itu akan jadi kitchen kabinet 
ataupun kabinet anak beranak, ipar duai atau madu-madu.
Semua tu jadi tanda tanya yang sangat besar.
Jangan silap, soal kabinet bayangan ini penting, 
lebih lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Sebab, Timbalan Perdana Menteri 
automatik akan menggantikan Perdana Menteri kalau apa-apa berlaku kepada Anwar 
(dikatakan penghidap HIV).  Kalau Lim Kit Siang atau Karpal Singh dilantik ke 
jawatan itu, maka faham-faham sajalah siapa Perdana Menteri selepas Anwar 
mati.
Agak puas jugaklah memikir kenapa sehingga 
sekarang masih tidak ada kabinet bayangan, akhirnya jawapan kepada persoalan itu 
didedahkan Malaysiakini yang memetik gayboy Anwar (Rafizi) sebagai 
berkata, Pakatan haram hanya yakin menang di 105 kerusi Parlimen sahaja.
Manakala yang bakinya itu, Pakatan haram berharap 
untuk Ahli Parlimen BN melompat parti.
Ini bukan cerita yang penulis ada-adakan ya, ini 
memang benar-benar kejadian, petikannya seperti di bawah:-
PENGARAH strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih 
sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan 
datang.
Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu 
memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti 
itu semalam.
Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa parti itu akan berdepan 
dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya 
lagi.
Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras 
demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti 
mudah.
Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk 
membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, jumlah perbezaan kerusi yang kecil sahaja cukup untuk 
menggugat BN dan menyebabkan perbuatan lompat parti berlaku sekali lagi, serta 
peralihan kepimpinan dalam kerajaan.
Alang-alang menjangka, jangkalah yang 
ganas-ganas, ini jangka yang rendah-rendah dan hanya menjatuhkan moral.  
Sudahlah tu, berharap pulak lagi Ahli Parlimen BN untuk melompat parti.  
Memalukan betul.
Tapi penulis pula suka menyatakan beginilah.  
Pengalaman 2008 menunjukkan bahawa Anwar dan pakatan haram pembangkang 
pimpinannya tidak begitu bijak menentukan arah aliran pengundi.  Kalau dia 
pandai buat jangkaan, nescaya tidaklah pada 2008, majoriti  calon-calon PKR 
adalah calon-calon longkang dan tidak boleh dipakai.
Contoh seperti Ahli Parlimen Kelana Jaya, yang 
cakap melayu pun tak pandai, nak berhujah macam mana dalam dewan?
Itu belum disebut kelam kabut nak melantik siapa 
menjadi Menteri Besar dan anggota Exco seperti berlaku di Perak dan Selangor.  
Semuanya adalah bukti kepada kurang persediaan untuk menang dek kesilapan 
menjangka trend sokongan rakyat yang ketika itu sudah menyampah dengan 
pentadbiran Abdullah Badawi.
Keadaan itu masih sama seperti sekarang, 
lebih-lebih lagi bila Rafizi dilantik menjadi Pengarah Strategik PKR dan Pakatan 
haram, lagilah hancur.  Rafizi apa tau masalah dibawah?  Dia lebih senang 
membincangkan isu-isu korporat yang hanya beberapa kerat orang sahaja yang 
faham.  Nak cakap isu akar umbi, mana taunya si Rafizi tu.
Dia lebih selesa dalam keselesaan pelukan Anwar 
di Tropicana nun.
Tapi takpelah, biarkanlah dia merancang dan 
berangan.  Penulis yakin, dari pemerhatian dan indikasi depan mata, umur UMNO 
dan Barisan Nasional untuk menjadi pemerintah di Malaysia ini akan terus 
berpanjangan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukan bermakna BN ini sempurna, tapi kita ada apa 
yang Pakatan haram tidak ada – kestabilan dan pemimpin yang tinggi nilai 
moralnya.  Bukan jenis yang tibai jantan atau langgan pelacur.
Kalau tak pun ‘makan aiskrim’ dalam jamban – apa 
class!!!
Dieptik daripada : www. mykmu. net
 
No comments:
Post a Comment