![nik_aziz_ampuni_dosaku[1] nik_aziz_ampuni_dosaku[1]](http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2012/05/nik_aziz_ampuni_dosaku1.jpg)
Tuesday, May 22, 2012
Muzakarah UMNO - PAS Batal Dek Nik Aziz (Part 2)
May 22, 2012
![nik_aziz_ampuni_dosaku[1] nik_aziz_ampuni_dosaku[1]](http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2012/05/nik_aziz_ampuni_dosaku1.jpg)
Sambungan dari artikel sebelum ini…
Nawaitu Nik Aziz kini ialah mengejar kuasa duniawi dengan berpaksikan 
kebencian sesama Islam, mencurigai sesama saudara seagama tetapi mesra dengan 
DAP yang diketahui agak keras dan tidak toleransi dengan hak agama Islam dan 
umatnya.
Bukan soal hudud atau negara Islam yang menghalang Nik Aziz menyambut salam 
perdamaian Hadi Awang kepada UMNO kerana realiti pakatan pembangkang hari ini 
membuktikan isu hudud dan negara Islam sikitpun tidak termasuk dalam agenda 
pakatan pembangkang.
Peel perangai Nik Aziz akan kekal hingga akhir hayat dia – memusuhi jemaah 
yang lebih besar dan berjasa kepada ummah (UMNO) di masa yang sama redha 
memperkudakan diri dan puaknya kepada pihak lain hanya kerana merasakan dirinya 
pernah dianiaya.
Acapkali isu kerajaan campuran BN-PAS dalam tahun 70-an sering dijadikan 
alasan oleh Nik Aziz untuk menolak kerjasama dengan UMNO & BN kononnya serik 
melihat PAS teraniaya. Realiti sebenarnya, pemecatan PAS dari BN semuanya 
berpunca dari kegelojohan PAS sendiri yang gemar menikam belakang kawan.
Mana tidaknya, mengikut persetujuan bersama sepatutnya PAS tidak mengacau 
kawasan yang telah memiliki cawangan UMNO, tapi dek kerana degil mahu mengambil 
kesempatan sengaja PAS menubuhkan cawangan di kawasan tersebut hingga 
menimbulkan suasana tidak harmoni.
Begitu juga waktu itu Menteri Tanah (Asri Muda) yang dikuasai oleh PAS (ehsan 
oleh BN) telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS untuk membawa masuk jentera dan 
penyokongnya ke kawasan rancangan FELDA di hampir seluruh negara kemudian 
ditubuhkan segera cawangan PAS walaupun diketahui langkah tersebut menyalahi 
perjanjian damai UMNO & PAS.
Sebab itu, di kebanyakkan kawasan FELDA hingga sekarang kita akan lihat masih 
ramai totok PAS yang sebahagian besarnya dari Kelantan – semuanya saki baki yang 
dibawa masuk oleh arwah Asri Muda yang ketika itu adalah Yang Di Pertua 
(Presiden) PAS.
Sampai sekarang Nik Aziz tetap mengungkit cerita ditendang dari BN walhal 
salah puaknya sendiri suka menikam belakang kawan disembunyikan.
Samalah juga perangainya waktu peristiwa pergolakan kerajaan Kelantan 
(PAS-BN) yang menyaksikan Mohammad Nasir, MB Kelantan ketika itu dipecat dari 
PAS hanya kerana arwah Mat Nasir rapat dengan pimpinan BN dan banyak menyekat 
permohonan kawasan balak dari pemimpin PAS, Nik Aziz tika itu memihak kepada 
Asri Muda.
Bila Mat Nasir menubuhkan BERJASA dan bekerjasama dengan BN hingga menguasai 
semula Kelantan, Nik Aziz masih setia bersama Asri Muda namun bila revolusi Iran 
berlaku, Nik Aziz adalah antara kepala PAS (Dewan Ulama) ketika itu yang menikam 
belakang Asri Muda seterusnya menghumban keluar Asri dengan penuh hina.
Padahal guru politik yang membawa Nik Aziz terjun ke dunia politik ialah Asri 
Muda, arwah Asri lah yang bertanggungjawab membawa Nik Aziz dan menawarkan 
peluang menjadi calon di Parlimen Pengkalan Chepa.
Tapi apa jadi akhirnya? Nik Aziz khianat kawan dan gurunya sendiri hanya 
semata-mata takjud dengan semangat revolusi Iran.
Mula saat itu semangat kebangsaan Melayu Islam yang jadi intipati perjuangan 
PAS sejak zaman Burhanuddin Helmi dan Asri Muda lebur begitu saja.
Begitu juga sejarah PAS dengan S46, sewaktu Tengku Razaleigh bertemu muka dan 
mengadakan muzakarah untuk mencari titik temu antara S46 dan UMNO.
Belumpun rasmi sebarang keputusan, Nik Aziz bersekongkol membenarkan PAS 
mencuri ahli-ahli S46 dan mengkhianati persefahaman walau sebenarnya tika itu 
PAS, S46, HAMIM dan BERJASA masih secara rasminya adalah rakan seperjuangan 
dalam APU.
Itu ringkasan sejarah hitam tikam belakang yang pernah menghantui 
latarbelakang Nik Aziz & PAS
Berbalik pada topik asal, usahlah pelik bila timbul saja isu muzakarah, akan 
muncul watak munafik bernama Nik Aziz yang bertopengkan gelaran tok guru politik 
kepartian jumud yang datang tiba-tiba dengan suara nyaring bersama pelbagai 
syarat – nawaitunya supaya muzakarah itu dibatalkan saja.
Isu muzakarah hanya akan bermanfaat bagi Nik Aziz dan PAS hanya bilamana UMNO 
mengatakan TDAK. Tika itu kita akan tengok PAS dan Nik Aziz tiba-tiba cergas 
keliling kampung ke pelusuk negara menuduh UMNO sengaja menolak perpaduan sesama 
Islam.
Percayalah, selagi Nik Aziz masih hanyut dalam dunia angkuh dan egonya 
sendiri, terus takjud dan ujub dengan pemujaan penyokong PAS terhadap dirinya 
maka selama itulah PAS dan UMNO akan kekal bermusuhan.
Kecuali bilamana semakin ramai penyokong PAS beralih sikap menjadi sederhana 
dan pandai menggunakan akal sendiri serta berani mengkritik tiap butir kata Nik 
Aziz, tika itu mungkin baru ada sinar perubahan sikap PAS.
Soalnya bila? Tak payah tunggu perubahan sikap penyokong PAS. Masanya dah tak 
lama pun untuk Nik Aziz mahupun Hadi Awang terus menguasai PAS. Sampai masanya 
nanti rakan-rakannya sendiri yang akan mengulangi peel perangai Nik Aziz yang 
suka khianat kawan. Tunggu je.
Tiba saatnya nanti barulah kita boleh tengok Nik Aziz menangis tak berlagu 
menyesali halangan yang dia lakukan terhadap idea muzakarah terbaru Hadi itu.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment