Wednesday, December 02, 2015
Amalan Politik Pembangkang Ancaman Kedaulatan Negara
Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang didalangi 
Sultan Sulu, Jamalul Kiram III pada Feb. 2013 adalah jelas perbuatan 
kumpulan pengganas/penyangak bersenjata terhadap kedaulatan sempadan 
Malaysia.
Mana tidaknya, sekumpulan lebih 200 lelaki bersenjata secara sengaja 
dan terancang  melancarkan serangan pencerobohan untuk membuat tuntutan 
ke atas Sabah yang kemudiannya membawa kepada pertembungan berdarah yang
 memakan korban nyawa 10 wira negara.
Hakikat juga menunjukkan bahawa anak Jamalul, Jacel H. Kiram yang 
terbabit dalam dunia politik di Filipina kini menjadikan tuntutan 
terhadap Sabah sebagai antara bahan kempen perjuangan politiknya.
Jacel juga sehingga sekarang tidak menggugurkan tuntutannya ke atas 
Sabah atau merasa bersalah kerana perbuatan bapanya untuk menawarkan 
sebarang pampasan kepada anggota keluarga wira negara yang dibunuh 
secara kejam semasa pencerobohan itu.
Itu hakikatnya.
Sekaligus, sesiapa sahaja atau kelompok mana sekalipun yang ada 
hubungan dengan Jacel H. Kiram adalah nurul n jaceljelas sedia 
mempermain-mainkan kedaulatan Malaysia dan maruah rakyatnya.
Persoalannya, kenapa kepimpinan PKR sehingga ke hari ini tetap 
memberi sokongan kepada Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar yang 
secara sengaja bergambar, bukan sekali,  malah berkali-kali dengan 
elemen simbol musuh negara itu. 
 
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sewaktu kongres 
parti itu di Shah Alam minggu lalu menyifatkan isu itu sebagai “perkara 
biasa”, malah memalukan kerana kononnya diperbesar-besarkan UMNO BN 
untuk mematikan watak anaknya, Izzah dari dunia politik negara.
“Ia merupakan perkara kecil.
“Soal gambar ini sebenarnya satu cara UMNO BN mahu membunuh watak 
Izzah dalam dunia politik. Ini permainan bagi mereka sebab itu ia selalu
 dimainkan,” katanya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukim pada kongres 
sama turut menasihatkan Izzah, anggota parlimen Lembah Pantai supaya 
tidak gundah-gulana malah mendakwa rakyat Sabah sedikit pun tidak 
terkesan dengan tindakannya itu.
“Nurul Izzah jangan gundah-gulana, soal ambil gambar dengan anak 
Sultan Kiram tidak ada isu,” katanya dalam ucapan penggulungan kongres 
terbabit.
Persoalannya, apakah cukup permohonan maaf Izzah dan kenyataan mempertahankan tindakan beliau oleh kroni-kroni dalam PKR.
Tidakkah wujud sekelumit persoalan bahawa Jacel H. Kiram itu mungkin 
turut bersama bapanya, Jamalul Kiram III sewaktu merencanakan serangan 
di Lahad Datu yang menyebabkan 10 wira negara terkorban malah ratusan 
penduduk terpaksa berpindah meninggalkan kampung halaman mereka.
Tidakkah terbit persoalan bahawa selagi waris Kesultanan Sulu tidak 
menggugurkan tuntutan terhadap Sabah maka kejadian sama mungkin berulang
 lantaran beliau mungkin suatu hari terpilih mewakili kerajaan Filipina.
Malah tindakan Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang yang sewaktu 
pencerobohan itu berlaku mendakwa ia adalah sandiwara UMNO BN 
mempertahankan tindakan Izzah dan menyifatkan tidak adil untuk pantas 
mengaitkan keluarga Kiram dengan serangan “balas dendam” yang didakwa 
dirancang terhadap Sabah sepertimana didedahkan Timbalan Menteri Dalam 
Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed terus menggamit persoalan.
Pendedahan Nur Jazlan memaklumkan bahawa tentera Sulu di selatan 
Filipina merancang satu lagi serangan ke atas Sabah sebagai membalas 
dendam selepas kegagalan cubaan tahun 2013 untuk menuntut hak milik 
negeri itu.
Sekaligus persoalan yang ditimbulkan bekas Ketua Wanita MCA, Datin 
Paduka Chew Mei Fun menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu 
tentunya wajar diberi perhatian.
“Jika penyangak asing bersenjata menceroboh tanah berdaulat negara 
dan berpecah secara berkumpulan di lokasi berasingan dan menuntut supaya
 Sabah diserahkan kepada Kesultanan Sulu yang tidak diiktiraf, di mana 
rundingan damai Kerajaan Persekutuan supaya mereka berundur tanpa 
pertempuran sebelum mereka melakukan serang hendap, memburaikan perut 
dan membunuh anggota pasukan keselamatan kita, tidak dianggap sebagai 
pengganas, maka kita tidak tahu bagaimana lagi mahu mengkategorikan 
keganasan,” katanya.
Lantas, suatu tindakan tegas perlu dilakukan kerajaan terhadap 
individu atau kelompok tertentu yang secara sengaja bermain politik 
sehingga ke tahap sedia menggadai kedaulatan negara dan rakyat.
Pastinya, rakyat tidak kira haluan fahaman mana sekalipun tidak rela 
maruah serta kedaulatan negara tega dipersendakan individu atau kelompok
 tertentu hanya kerana kerakusan dan kegilaan untuk memerintah.
Rakyat tuntut keadilan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment