Wednesday, December 02, 2015
Arab Saudi Bina 'Jeddah Tower' Bangunan Tertinggi Di Dunia
Pemaju Arab Saudi yang merancang untuk membina bangunan tertinggi di
dunia berkata, ia berjaya mendapatkan pembiayaan bagi menyiapkan projek
pecah rekod itu.
Mail Online melaporkan Kingdom Holding Co yang dipengerusikan oleh
bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal berkata, sekutunya iaitu
Jeddah Economic Company telah memperoleh perjanjian pembiayaan AS$2
bilion (RM8.51 bilion) dengan Alinma Investment di Arab Saudi bagi
menyiapkan Jeddah Tower di negara itu.
Bangunan yang sebelum ini digelar sebagai 'Kingdom Tower' mempunyai 170
tingkat dengan ketinggian satu kilometer atau hampir 1,000 meter sekali
gus melepasi Burj Khalifa di Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di
dunia ketika ini.
Jeddah Tower (kiri) yang dahulunya dikenali sebagai Kingdom Tower
merupakan bangunan tertinggi di dunia apabila ia siap kelak, mengatasi
Burj Khalifa yang memegang rekod itu ketika ini.
Kos untuk keseluruhan projek tersebut sebelum dianggarkan AS$1.2 bilion (RM5.1 bilion).
Burj Khalifa mempunyai ketinggian 828 meter.
Menurut satu kenyataan, Alinma Bank akan membiayai dana itu, yang akan
diuruskan oleh Alinma Investment, manakala Jeddah Economic Company
menjadi pemaju utama bagi projek berkenaan.
Ia berkata, dana AS$2.24 bilion (RM9.52 bilion) yang diperoleh menerusi
pembiayaan berasaskan Syariah turut akan digunakan untuk membangunkan
fasa pertama Bandar Ekonomi Jeddah, sebuah projek bandar di sekitar
menara berkenaan di kawasan Obhur di utara Jeddah.
Tahun lalu, Alwaleed berkata, menara yang terdiri daripada pejabat, hotel dan kediaman itu dijangka siap pada 2018.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment