Tuesday, December 01, 2015
Kesilapan Anak Kapal, Komputer Bermasalah Punca Air Asia QZ8501 Terhempas
Kesilapan
anak kapal menjadi punca pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum
terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember tahun lalu sehingga mengorbankan
162 nyawa.
Berdasarkan laporan yang disiarkan Jawatankuasa Keselamatan
Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia hari ini, komputer kawalan
penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu juga mempunyai masalah dengan
rosak berulang kali, termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali
dilaporkan berlaku di tahun sebelumnya.
“Tindakan susulan daripada anak kapal menyebabkan pesawat itu hilang kawalan.
“Kegagalan tersebut mengakibatkan pesawat yang terbang secara normal
sebaik-baik berlepas, memasuki keadaan pegun yang berada di luar
kemampuan dan tidak boleh dikawal oleh anak kapal,” jelas laporan itu.
Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment