Wednesday, November 23, 2011

Konvokesyen Tabika KEMAS Pancor di Star Fresh Agro Park

11 November 2011, Seremban : Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS Pancor telah berlangsung dengan meriahnya dengan majlis nya diadakan secara gilang-gemilang bertempat di Star Fresh Agro Park, Jalan Kuala Pilah. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn Norzizi selaku wakil kepada Penolong Pegawai KEMAS yang tidak dapat hadir ke majlis ini.

Dengan diketuai oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail selaku Pengerusi Tabika KEMAS Pancor bagi tahun ini majlis ini telah berlangsung dengan lancar dengan dibantu oleh barisan Jawatankuasa Tabika KEMAS Pancor.

Anak-anak Pengerusi sendiri iaitu Danish Amri dan Dhafir Amri juga telah terlibat selaku pelajar bagi tahun 2011 ini. Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung.

(Maaf, terdapat beberapa gambar yang bergegar ekoran daripada masalah teknikal pada flash kamera. Segala kesulitan didahului dengan ucapan maaf. Terima kasih). Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment