Wednesday, November 23, 2011

Nurseri: Janji Lama Belum Tunai, Sudah Buat Janji Baru


Maaflah kalau penulis terlambat membincangkan perincian dalam Belanjawan Selangor 2012 ini. Sibuk sangat dengan hal lembu PKR 3 serangkai dalam isu NFC, sampaikan hal begini penting hampir terlepas pandang.


Tapi takpelah, kata orang biar lambat jangan takde langsung. Isunya yang penulis nak ketengahkan ialah janji baru vs janji lama.


Pakatan Rakyat Selangor dalam pembentangan belanjawan negeri untuk 2012 beberapa hari lepas telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 3 juta sebagai bantuan anak ke Nurseri yang akan dijalankan pada tahun 2012. Sehingga artikel ini ditulis, perincian tentang bantuan tersebut masih lagi belum diumumkan kepada rakyat, yang ada hanya angkanya saja.


Menariknya, dengan janji lama belum ditunaikan, Pakatan Selangor bercakap tentang janji baru pulak – bantuan Nurseri. Persoalan yang bermain di minda semua orang ialah, dengan peratusan ibu bapa bekerja yang tinggi di Selangor, agak-agaknya RM 3 juta tu cukup ke nak menampung? Sekarang ini, bayaran penjagaan anak bukan murah, kalau bayi tu boleh cecah RM 500 sebulan!!!


Agaknya berapa bantuan yang nak diberikan tu, RM 50, RM 70 atau RM 100 untuk setiap isi rumah?


Penulis tidak mencemuh, jauh lagi nak pandang rendah keupayaan membayar, sebagai kerajaan negeri, Pakatan Rakyat memang ada segala sumber duit rakyat untuk menjelaskan jumlah yang dibentang dalam belanjawan. Kalau nak bayar blogger Pakatan Rakyat Selangor boleh peruntuk RM10 juta, apalah sangat RM 3 juta untuk bantuan nurseri.


Tapi yang lebih penting ialah janji-janji lama dilaksanakan terlebih dahulu, baru boleh gebang janji baru.


Penulis cuma nak ingatkan Pakatan Selangor bahawa ada baki janji pilihanraya lepas yang masih belum ditunaikan pihak Pakatan sehinggalah ke hari ini. Banyak pulak tu, bukan sikit.


Kalau baki 29 dari 290 takpa, ini baki 29 dari 30 tau!!!


Cakap pasal janji ni, dulu ada kerisauan sesetengah pihak bahawa BN/UMNO akan menghadapi masalah kalau Pakatan menunaikan keseluruhan janji-janji mereka seperti termaktub dalam manifesto Barisan Alternatif 2008. Kalau betul dia laksana, memang penulis akui, BN akan hadapi masalah untuk counter sebab benda dah beri bukan senang/boleh ditarik balik.


Tapi nampaknya kebimbangan penulis itu tidak berasas, jelas Pakatan Selangor tidak ada keupayaan kewangan untuk melaksanakan semua janji-janji tersebut. Cakap sebelum dapat memang gah, bila kuasa dah dalam tangan baru tau langit ni tinggi ke rendah ya.


Ramai dulu kagum dengan pembangkang, macam mana dia boleh janji nak beri macam-macam dengan tidak ada langsung maklumat kewangan terperinci kerajaan yang nak diambil alih. Tapi penjelasan pemimpin pembangkang juga menarik, dia kata akan tunaikan apa segala yang dia janjikan melalui pentadbiran yang tulus mulus dan bebas penyelewengan.


Seolahnya hari ini BN banyak sangat penyelewengan lah tu.


Jadi hari ini kita ‘beri’ balik kepada mereka. Apakah kegagalan melaksanakan janji-janji pilihanraya dulu kerana kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat korup dan banyak penyelewengan? Toksah cerita berapa kes dimahkamah dan SPRMlah, yang hak tuduh dulu pun takdak apa kes mahkamah pun.


Setakat yang kita nampak dalam beberapa hal seperti Skandal PKNS dan Yayasan Selangor, unsur-unsur itu memang ada, nak lebih lagi, biarlah pihak berwajib saja yang menentukan.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment