Wednesday, November 23, 2011

Tony Pua mahu hanya kaum cina monopoli bidang ekonomi..


Tony Pua meneruskan pendedahan sikap perkauman melampaunya apabila mendakwa berlakunya monopoli perniagaan oleh orang-orang melayu didalam negara. Didalam satu perbincangan meja bulat GST dan Inflasi di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Tony menuduh UMNO dan BN menjadi punca harga barang meningkat.


Wakil DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini mendakwa, dasar sistem monopoli yang diamalkan pemerintahan Umno-BN, dikenal pasti sebagai antara punca harga barang tidak menentu dan semakin meningkat.


Dengan menyebut nama pemilik satu-satunya pengimport dan pengedar beras melayu, Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sebagai contoh penyumbang utama peningkatan harga barang, Tony Pua nampaknya sengaja mahu memburukkan imej ahli perniagaan melayu didalam negara.


Niat sebenar Tony Pua dan DAP didalam hal ini ialah, mereka mahukan perniagaan orang-orang melayu musnah sama sekali. Tak munasabah langsung jika difikirkan ahli perniagaan melayu seperti TS Syed Mokhtar mampu memonopoli empayar beras negara kerana beliau adalah satu-satunya wakil melayu dikalangan tauke cina-cina yang ada.


Kenapa Tony Pua hanya menyebut nama TS Syed Mokhtar? Kenapa Tony Pua tak bercerita tentang penguasaan taikun-taikun cina didalam barangan keperluan lain di Malaysia? Kenapa wakil DAP ini sengaja mahu kaitkan ahli perniagaan melayu didalam kenaikan harga barangan dalam negara?


Kenapa cina DAP sangat benci kepada ahli perniagaan melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ini? Selain dari beliau adalah merupakan ahli perniagaan melayu yang amat berjaya di Malaysia, Syed Mokhtar juga merupakan pemilik Yayasan Al Bukhary yang selama berbelas tahun menyumbangkan dana kepada pembangunan modal insan umat Islam di Malaysia.


Sedikit maklumat ringkas mengenai Yayasan Al Bukhary yang patut semua bangsa melayu tahu, Yayasan Al Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.


Yayasan ini mensasarkan untuk menggalakkan persaudaraan sesama Islam melalui kerja-kerja kebajikan serta penyaluran dana kepada masyarakat Islam dari setiap syarikat yang Syed Mokhtar mempunyai kepentingan didalamnya.


Yang paling menarik ialah, Yayasan Al Bukhary secara bersendirian sehingga kini telahpun mendirikan sebanyak 12 buah masjid di seluruh negara. Ini menunjukkan ahli perniagaan melayu seperti Syed Mokhtar bukan sahaja memikirkan tentang keuntungan, tetapi beliau juga memikirkan sumbangannya terhadap kemajuan anak bangsa dan juga negara.


Jadi, tindakan wakil DAP yang terkenal dengan sikap kiasu perkauman melampau seperti Tony Pua itu memang amat mudah untuk diramalkan. Dia sengaja mahu memburuk-burukkan orang-orang melayu yang berjaya didalam bidang ekonomi agar hanya kaum cina sahaja yang memonopoli bidang tersebut.


Bukannya rakyat tak tahu, selama inipun hanya kaum cina sahaja yang mengawal setiap barangan keperluan. Tanyalah rata-rata rakyat Malaysia di peringkat bawahan tentang siapa yang menguasai perniagaan.., tentu jawapannya adalah kaum cina.


Dan apabila kerajaan sejak 10 tahun lalu menekankan penguasaan perniagaan dikalangan bangsa melayu serta bumiputera, kaum-kaum kiasu seperti Tony Pua mula terasa kepanasan. Peningkatan bilangan ahli-ahli perniagan melayu serta usahawan-usahawan bumiputera didalam negara kini mula merimaskan mereka.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment