Wednesday, November 23, 2011

Mubarak Dah Undur, Mesir Masih Bergolak, Why?


Dari malam semalam hingga sekarang, cerita kejayaan skuad muda negara merangkul pingat Emas bolasepak Sukan SEA masih berpanjangan. Penulis nak kacau kong tengah-tengah pun fikir beberapa kali takut tak pasal dibelasah.


Apa nak dicakap lagi? Semua ayat penghargaan, pujian yang ada dalam kamus bahasa kita sudah digunakan kepada wira-wira muda kita.


Dengan itu, izinkan penulis mengalihkan sedikit perhatian daripada kegembiraan berpanjangan dengan keadaan yang berlaku di Mesir. Dilaporkan seramai 20 orang terbunuh dalam keganasan terbaru rakyat Mesir di Medan Tahrir semalam.


Dulu berhimpun dan terbunuh sebab mengharapkan Mubarak turun, sekarang Mubarak dah turun malah dihadapkan ke mahkamah, Mesir masih lagi bergolak dan terus menumpahkan darah rakyatnya.


Soalan penulis kenapa ini masih berlaku? Kita jangan lupa, barisan lembu yang memimpin Pakatan haram pembangkang ini adalah penyokong kuat demonstrasi besar-besaran di Medan Tahrir dulu, malah bukan saja menyokong, mereka menjadikan perhimpunan tersebut sebagai contoh untuk mengadakan perhimpunan sama di jalan-jalan Kuala Lumpur pula.


Cuma yang di Mesir itu penuh, yang di Malaysia ini tak berapa nak penuh.


Syukur rakyat Malaysia majoritinya tidak termakan dengan dakyah pakatan haram pembangkang yang mahu menurunkan kerajaan menggunakan cara keganasan jalanan. Sebab kalau itu berlaku, nescaya negara kita tidak akan kekal aman seperti mana yang berlaku kepada Mesir hari ini.


Mubarak dah jatuh tertiarap pun negara tersebut masih tidak aman. Pakatan haram pembangkang dan portal berita peliharaannya tidak akan memberi publisiti besar-besaran kepada demo terbaru di Mesir ini kerana itu akan hanya menunjukkan mereka salah dan kita betul.


Apa yang berlaku di Mesir juga menunjukkan suatu yang nyata, perhimpunan jalanan bukan jawapan kepada kedamaian. Mereka-mereka yang taksub kepada berhimpun di jalan menuntut perubahan adalah pihak yang salah dan patut ditolak, dibuang ke laut kalau perlu.


Kerajaan BN dan polis bertindak betul apabila menghalang perhimpunan Bersih 2.0 di Malaysia kerana kita sangat pasti bahawa keganasan yang bakal tercetus tidak akan berhenti tapi akan berterusan, tidak pedulilah siapa pun yang turun dan siapa pun yang ambil alih. Lebih lagi bila perhimpunan tersebut dipimpin orang sama yang menyokong golongan gay dan lesbian hari ini.


Kalau nak mengubah kerajaan atau pemimpin, tempat yang paling sesuai ialah di peti undi. Ini nak diadakan pilihanraya diugut untuk diadakan demo pula. Sudahlah tu, beberapa kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan takut untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya umum dan negeri diadakan serentak.


Jadi sementara belum terlambat, tetapkanlah pendirian itu agar tidak tersalah buat pilihan. Jangan dipilih bulan yang tak berapa nak terang, roket yang tak boleh terbang, atau lambang pungkoq yang ditengahnya berlubang, pilihlah BN, rakyat selamat, negara hebat!!!



Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment