Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.00 petang.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan program oleh YAB Menteri Besar. Sebaik sahaja YAB Menteri Besar selesai menyampaikan ucapan beliau, beliau telah turun sendiri daripada pentas untuk menyampaikan bantuan kepada para menerima bantuan BR1M yang terlibat.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
YAB Menteri Besar ketika tiba di perkarangan Dewan Besar
Bersama menyanyikan lagu Negaraku
Aksi menggayakan tangan ketika menyanyikan lagu 1Malaysia
Hadirin dan hadirat fokus dengan ceramah yang disampaikan





YAB Menteri Besar turun daripada pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian BR1M

Disediakan oleh : EDITOR
No comments:
Post a Comment