Sunday, March 11, 2012
Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS Pancor 2012
9 Mac 2012, Seremban : Satu Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Daya Wawasan (GDW) di Rumah Rakyat Pancor. Program ini adalah bagi melaksanakan dan mengesahkan segala perjalanan aktiviti KEMAS Pancor bagi tahun 2011.
Program ini telah diadakan mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 5.00 petang.
Program ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Yang Berhormat Tuan Mustafa bin Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Turut hadir sama ialah En Faiz selaku wakil KEMAS Bahagian Seremban, En Abd. Manaf bin Ujang, Pengerusi JKKK Kampung Pancor, dan juga Pengerusi Gabungan Aktiviti KEMAS sendiri iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR
*p/s: Gambar-gambar penuh boleh dilihat di dalam folder berikutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment