Monday, March 12, 2012

Lepas Peneroka Jadi Mangsa, Mazlan Aliman Cuba Sabotaj Felda Plantation Pulak

11 March 2012

felda plantation

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pihak pembangkang menjadi loji najis paling busuk apabila menghimpunkan ramai orang-orang bodoh sombong di dalamnya.


Mungkin diperingkat veteran, Mahfuz Omar mengetuai golongan ini. Namun bagi generasi muda Pas Pis Pus, Mazlan Aliman adalah ketuanya.


Sebelum ini kita menyaksikan pencacai PKR, Rafizi Ramli menuntut perkara yang tidak masuk dek akal mengenai pembiayaan pertunangan anak perempuan PM. Dan kali ini, giliran Mazlan Aliman pula menunjukkan kebodohannya.


Kebodohan terbaru Mazlan Aliman ialah apabila membuat sidang akhbar dan memaklumkan dia dan ANAK akan memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda, Felda Plantation, memajakkan tanahnya seluas 360,000 kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH).


Tujuan utama Mazlan Aliman berbuat demikian adalah untuk menghalang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet yang lalu.


Sekiranya Mazlan Aliman berjaya menghalang penyenaraian FGVH ini, maka secara automatiknya penghasut dan pengacau bilau Felda itu akan berjaya memalukan Perdana Menteri dan kepimpinan Felda, khususnya Tan Sri Isa Samad.


Sebelum ini, Mazlan melalui segelintir peneroka yang telah dihasut, berjaya memfailkan injunksi terhadap Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk tidak membincangkan usul menjual kepentingan KPF kepada Felda Holdings yang akan membantu mempercepatkan penyenaraian tersebut.


Persoalannya, apakah hak Mazlan Aliman untuk menghalang Felda Plantation untuk berbuat demikian? Felda Plantations merupakan syarikat milik penuh Felda dan Mazlan Aliman bukanlah salah seorang pemiliknya atau lembaga pengarah di dalam syarikat itu.


Tindakan Mazlan Aliman itu adalah seolah-olah memfailkan injunksi terhadap Robert Kuok untuk menghalangnya menjual Malayan Sugar Manufacturing (MSM) kepada Felda.


Siapa Mazlan Aliman untuk menghalang Robert Kuok jual kilang gula terbesar di Malaysia itu? Robert Kuok tu staf Mazlan Aliman ke? Berapa peratus pegangan saham Mazlan Aliman dalam MSM? Dia ingat kilang MSM tu bapak dia yang punya ke?


Sama juga dengan isu fail injunksi terhadap Felda Plantation ini. Mungkin dia fikir sudah berjaya sabotaj ‘durian runtuh’ peneroka dengan memfailkan injunksi terhadap KPF, maka dia nak sabotaj pula Felda Plantation..?!


Pada KPF boleh la dia buat begitu, tapi mungkin tidak pada Felda Plantation. Mazlan Aliman berjaya sabotaj peneroka Felda kerana dia memperalatkan segelintir peneroka dan ahli KPF yang dihasutnya. Hasil hasutan jahat itulah Mazlan Aliman failkan injunksi.


Cuba rujuk balik fail injunksi tu, nama Mazlan Aliman langsung tak ada. Yang ada cuma nama-nama peneroka yang berjaya ditipu Mazlan Aliman.


Lagipun, sumber dalam Felda memberitahu bahawa ‘kepimpinan KPF sengaja tak mahu lawan injunksi’ tersebut. Ini adalah disebabkan oleh kepimpinannya yang tak suka pada penyenaraian itu, tak suka pada Isa Samad yang diminta untuk menggantikan Pengerusi KPF dan tak mahu kehilangan projek-projek yang diperoleh melalui KPF.


Sebab itulah Mazlan Aliman berjaya failkan injunksi terhadap KPF dan diterima mahkamah.


Persoalannya, siapa pula Mazlan Aliman nak peralatkan untuk failkan injunksi terhadap Felda Plantation di mahkamah? Dia nak suruh ahli lembaga pengarah Felda Plantation ke? Takkan nak suruh Rafizi Ramli atau Mahfuz pulak kot? Apa pula hak mereka dalam Felda Plantation?


Sebetulnya, Mazlan Aliman memang “all out” cuba mensabotaj dan menghuru-harakan Felda. Setahu saya yang sudah berkali-kali pusing tanah rancangan Felda, hampir semua peneroka faham mengenai penyenaraian FGVH dan mahu ia disegerakan.


Dan paling penting, mereka memang bencikan Mazlan Aliman. Lagi Mazlan Aliman buat kacau, lagi mereka bencikan dia. Mungkin kerana tahu dirinya ditolak peneroka dan gagal dalam mendapatkan sokongan politik, Mazlan Aliman gunakan putar belitnya mempergunakan saluran undang-undang.


Saya dapat tahu bahawa pihak Felda dengan kepimpinan Isa Samad telah bersedia dengan injunksi terhadap Felda Plantation ini. Harapnya tiada pula sabotaj yang timbul dari kepimpinan KPF atau “pengurus besar” dan ‘3 beradik’ yang sepatutnya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ itu.


Mereka tak sedar ke Pakatan Haram akan tutup dan bubarkan Felda kalau menang PRU13


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment