Monday, March 12, 2012

S. Ambiga Bakal Memimpin Pas?

10 Mac 2012


Foto-0033[1]


Biar betul Pas ni kalau sahih memang ada gerakan untuk membawa masuk Datuk S. Ambiga untuk diangkat tinggi dalam hierarki kepimpinan Pas.


Skru longgar ke apa? Dah kemaruk sangat dengan undi penyokong S. Ambiga sampaikan penganjur bersama LGBT ini nak dijadikan pedoman memimpin Pas.



Ambiga Naib Presiden Pas?


KUALA LUMPUR 9 Mac – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam Pas yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.


Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi.


Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta kumpulan ‘Anwarinas’ yang kini menguasai lebih 70 peratus parti Pas.


“Justeru saya meminta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum.


Ikut pada saranan yang Dr. Zulkifli, AJK Pas Pusat yang mahu meletakkan non muslim sebagai Timbalan Presiden Pas, nampak cukup ngam & masuk dek akal.



Tambah pula, sejak Pas ‘berimamkan’ slogan “Pas Untuk Semua” & “Negara Berkebajikan”, macam-macam perkara pelik, unik & luar tabie sudah menempel atas dahi Pas.


Dulu Pas cukup gah dengan slogan & dasar “Bersama Kepimpinan Ulama” dan “Membangun Bersama Islam”, ke hulur ke hilir di bawanya cogankata tersebut untuk tonjolkan roh perjuangan Pas adalah Islamik & murni kononnya.


Alih-alih, pemimpin yang pernah mereka panggil ulama Pas akhirnya di tendang dan di hina, negara Islam di bakulsampahkan dan hudud pula perlu bergantung pada persetujuan bersama Dap & PKR.


Sekarang Pas telah berjaya meliberalkan dirinya, terbuka melampau dan bebas, semuanya semata-mata untuk memastikan sokongan bukan Islam tidak lari dari Pakatan Rakyat dan Pas. Jalan Menuju Putrajaya bak kata Anwar Ibrahim.


Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu pang Chow pun siap bagi sokongan lagi pada saranan Dr. Zulkifli malah dianggapnya pandangan itu sebagai jauh ke depan katanya – tersiratnya ialah demi kemaruk mengejar kuasa.



“Kalau PAS nak jadi parti arus perdana di negara ini dan juga peringkat antarabangsa, PAS harus fikir ke arah itu”.


“Saya anggap kenyataan Dr Zulkifli Ahmad (ahli parlimen PAS Kuala Selangor) untuk membuka ruang orang bukan Islam menjadi Timbalan Presiden sebagai berpandangan jauh”. – Hu pang Chow, 2 Mac 2012, FreeMalaysiaToday


Jadi janganlah ada yang terkejut beruk dan mati terbeliak mata jika dalam tempoh tak sampai setahun atau lebih nanti, tiba-tiba S. Ambiga menjadi ahli & penyokong rasmi Pas kemudiannya jadi pemimpin besar Pas.



Cuba bayangkan sejenak bilamana Ambiga naik ke pentas ceramah, andainya laungan ‘takbir’ kedengaran dari bawah pentas, peh… memang sangaplah mana-mana juak Pas menyahut laungan takbir tersebut demi Ambiga.


Tapi apa nak pelik? Bukankah sekarang inipun tiap kali pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam PKR bagi ceramah, juak-juak bawahan Pas tidak sedikit pun segan silu melaungkan takbir, dah jadi macam bahan mainan pula laungan suci Allahhuakbar.


Politik beb, politik.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment