Tuesday, December 01, 2015

Air Asia Rugi, Apasal Pembangkang Senyap?

air asia loss
Media antarabangsa hari ini melaporkan kerugian besar Air Asia bagi suku ketiga tahun ini sebanyak RM 405.73 juta berbanding untung bagi tempoh yang sama tahun lepas.  

Kerugian ini antara lain dikaitkan dengan penyusutan nilai matawang dan faktor-faktor lain. 

Agak menarik untuk diperkatakan disini, biasanya kalau ada apa yang rugi, nak-nak jenis rugi besar pulak tu berlaku dalam negara kita, pembangkang nombor satu paling sibuk akan ambil tahu. Tapi dalam kes ini nampaknya itu tak berlaku, penulis sendiri pun nampak maklumat ini dari artikel BBC.

Penulis tidak berminat nak mempolitikkan kerugian ini, setiap syarikat ada pasang surutnya dengan Air Asia tidak terkecuali.  Tapi memandangkan Air Asia sering kali dijadikan perbandingan oleh penyokong dan media pembangkang setiap kali MAS alami kerugian, maka agak hairan bila Air Asia pulak yang rugi, masing-masing pembangkang ni pejam mata.

Walhal, kedudukan dan segmen MAS adalah berbeza dengan Air Asia.  MAS perlu memikirkan tentang masyarakat pendalaman di Sabah dan Sarawak, sedangkan Air Asia tidak begitu terikat dengan tanggungjawab tersebut, tapi pembangkang tidak peduli, asal MAS rugi, mesti tanya kenapa Air Asia boleh untung?  Personaliti tertentu dalam Air Asia ni pun kadang-kadang tumpang sekaki bila ada individu tertentu komplen pasal kerugian syarikat lain, melalui Twitter atau Instagram contohnya.

Macamlah syarikat dia tu tak mungkin terjejas dan untung sampai bila bila.  Sekarang bila Air Asia pun terbukti sama macam jenis perniagaan lain yang terdedah kepada kerugian (dan keuntungan), apa agaknya komen?

Oleh itu penulis nak jelaskan disini bahawa setiap apa juga bentuk kerugian yang pembangkang perbesar-besarkan selama ini, ialah adalah kerana tujuan politik, bukan sebab kerugian itu ada kesan atau kaitan sama sekali dengan kepentingan rakyat.  Ada untung politik, jadi cerita besar, takde untung politik (macam Air Asia rugi sekarang), dia buat bodoh macam itu sajalah.

Justeru, rakyat Malaysia tidak boleh bergantung sangat dengan berita-berita macam ini di masa akan datang dalam nak membuat keputusan untuk memilih kerajaan.

Pembangkang dia tak peduli, apa saja yang boleh dikait untuk rakyat benci kerajaan, dia akan gunakan, sekalipun perkara tersebut lumrahlah (kalau boleh kita katakan begitu) dalam soal meniaga ni.  Yang kita jangan terikut-ikut sangat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment