Tuesday, December 01, 2015
AMK Kedah Boleh Bubar, Keluar PKR Sertai PAS
Kenyataan dari Ketua Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Kedah, Mohd Ridhwan Mohd Razali di Kongres Nasional AMK
2015 semalam tidak dapat dinafikan telah berjaya membuat saya
tersengih-sengih di depan komputer buruk saya.
Ridhwan dalam kenyataannya mengaku bahawa
tanpa PAS, maka jangan berangan untuk melihat PKR atau pembangkang
menjajah Kedah sekali lagi. Satu kenyataan yang pahit tapi benar.
Kemudian, dia sebut pula tentang hubungan dengan DAP dan PAS…
Secara ikhlas, saya kasihan pada Ridhwan
atau PKR di Kedah yang sememangnya bergantung harap pada PAS untuk
menawan Kedah. Memang benar apa yang dia katakan.
Hanya PAS saja yang
mampu merampas Kedah dari Barisan Nasional. Itu fakta.
Namun memandangkan PKR yang kini lebih
menyebelahi DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), maka nampaknya
hubungan PAS dan PKR semakin keruh dan mungkin boleh putus pada
bila-bila masa jika digertak atau disuruh rakan-rakan sekutu mereka itu.
Sekiranya PAS dan PKR putus hubungan,
maka jangan haraplah PKR boleh “tumpang semangkuk” nanti jika PAS
berjaya merampas kembali Kerajaan Negeri Kedah dari tangan BN.
Sebelum ini, saya difahamkan bahawa
hubungan PAS dan PKR di Kedah pun bukannya baik sangat seperti yang
didakwa. Banyak komplen dari rakan-rakan PAS yang mengatakan puak PKR
bukannya membantu sangat ketika berkempen pada PRU yang lalu.
Khabarnya, PKR di Kedah hanya bertumpu di
kawasan yang mereka bertanding. Malah katanya, PAS pula yang terpaksa
membantu gantung bendera, sepanduk dan menolong mereka berkempen dari
rumah ke rumah di negeri jelapang padi itu. Itulah yang saya dengar.
Berbalik pada luahan rasa Ketua AMK Kedah
itu, apa kata kalau Ridhwan dan anak-anak buahnya keluar dari PKR dan
sertai PAS di Kedah? Bukankah itu lebih menguntungkan?
Sekurang-kurangnya boleh “tumpang semangkuk” nanti, bukan?
Jika sedar diri tidak ke mana di Kedah,
tinggalkan parti yang tidak mampu itu. Sertai parti yang mampu menawan
Kedah. Sama saja, bukan? Lagipun, apalah sangat hendak ditakutkan pada
tindakan dari pemimpin PKR? Bukankah PKR dan PAS itu “sahabat baik”?
Jika Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri
Muhammad Mohamad Taib boleh melompat dari PAS masuk PKR, takkan Ridhwan
tidak boleh lompat dari PKR masuk PAS? Jangan risau, Kak Wan dan Azmin
tidak boleh buat apa-apa…
Jika kekal bersama PKR, apakah Ridhwan
dan AMK Kedah tidak malu jika bertemu orang PAS dan disindir pedas
nanti? Masa PAS dihentam dan dihina DAP, mengapa AMK membisu tidak
membela PAS? Mana hendak disorokkan muka jika disindir begitu?
Lagipun, saya mendapat tahu bahawa PAS
kini mengalami kekurangan ahli. Khabarnya, sebahagian dari ahli PAS
“dicuri” Amanah. Di Pulau Pinang pula, dikatakan ada ahli PAS yang
sertai DAP setelah disuruh meletakkan jawatan sebagai JKKK.
Katanya mereka akan dilantik jadi JKKK
semula selepas menyertai DAP, benarkah? Cuba Ridhwan selidik tentang hal
itu. Manalah tahu jika PAS akan benarkan Ridhwan dan rakan-rakannya
mengisi kekurangan itu di Kedah, bukan?
Malah desas-desus mengatakan bahawa masih
lagi terdapat “agen-agen Anwarinas” di Kedah yang masih kekal di dalam
PAS. Cuba tanya dengan mereka. Mungkin mereka boleh membantu menyerap
masuk Ridhwan dan rakan-rakannya menyertai PAS.
Saya bukan apa. Kasihan pada masa depan
Ridhwan dan rakan-rakannya sahaja. Tidak guna sertai PKR yang tidak
boleh jadi kerajaan di Kedah tanpa PAS. Cubalah. Manalah tahu nanti
dengan kehebatan Ridhwan maka kerajaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan
“tumbang”, kan? Dapat peluang jadi Exco pun jadilah… Wallahu’alam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment